Saturday, December 15, 2012

Big Bad Wolf 2012..

Mula- mula dengar Mr. Hubby sebut 'Big Bad Wolf' ingatkan binatang apela.. Honestly memang tak pernah pulak dengar sebelum ni.. Big Bad Wolf ni the world's biggest book sale yang bertempat di Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC).. Dan sale pulak bukan setakat 15% or 25% tapi 75% to 95% diskaun, okkey.. Mula-mula I sendiri tak percaya kot.. Tak kan la boleh jual dengan harga murah sangatkan.. Tak percaya punya pasal so kena la terjah sendiri kan.. 

Here we go.. masuk- masuk je hall, tengok buku banyak macam ni rasa sangat teruja.. Rasanye gambar kat atas ni hanya 1/10 je dari hall tu.. So korang boleh bayangkan sendiri la, besar hall tu dan jumlah buku yang ade untuk dijual.. Rasanya spend masa 4- 5 hari jam pun tak habes pusing dan tengok semua buku- buku yang ade..

So, kalau korang ade plan untuk pegi ke BBW ni, nak share sikit tips- tips bila ade kat sana:

1. Kalau korang ni memang ulat buku atau pun datang dengan tujuan nak borong buku, boleh bawak trolley macam nak pegi pasar tu.. Tak pun kalau ade luggage boleh bawak jugak..

2. Kalau jumpa buku yang minat, amek je dulu sebab ade sesetengah buku tu limited.. Takut pusing 4- 5 kali pun tak jumpa buku yang sama.. :(

3. Letak balik buku yang kita rasa tak nak beli dekat tempat dia balik.. At least, dekat section die coz senang sikit staff dorang nak kemas balik..

4. Before bayar tu check la condition buku tu dulu.. Baru la puas ati beli kan.. :)

5. Bawak la air skali, sebab hall ni agak besar jugak nak pusing- pusing.. Lebih- lebih lagi ibu mengandung macam saya ye..

Thank you Mr. Hubby yang sudi bawak jalan- jalan ke BBW ni.. Rasanya, I banyak spend masa dekat children section..  Seronok duk tengok dan amek buku- buku baby yang comel- comel ni.. Last- last, mummy die punya buku beli 1 jer.. Huhu.. Dear Mr. Hubby, nak request pegi sini lagi boleh tak.? :)

Oh ye.. BBW ni still berlangsung sehingga 23 December 2012.. So korang still tak terlambat untuk pergi ke BBW ni.. Walaupun jalan jammed and nak cari parking tu susah sikit especially on weekend, tapi sangat puas hati dan berbaloi lepas tengok buku- buku yang ade kat sana.. Minggu ni, BBW akan buka untuk 24 jam.. Nak datang 3- 4 pagi pakai baju tido pun dorang tak kesah.. :)

5 comments:

Dee said...

bestnya..tp bila mengenangkan buku2 yg ada ni pun tak abis baca lagi malas betul nak ke sana..hehehe..

hazman aka species1980 said...

whoaaa... semangat betul yea...boleh jadi tokoh membaca yea

Anna Boleyn said...

Beli siap2 untuk anak kan.. murah lak tu. Berbaloi2.. :D

A D I A said...

Alahai tak Pergi pun bbw. Bw (blogwalking heh) pun dah jaraang skrg. Bz. Eh.

I follow u Kat insta k

Peri PiA said...

rugi la saya xpergi :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...