Thursday, November 19, 2015

Anugerah terindah.. 12.7.2015

Erm, tak tau nak mula macam mana untuk pengalaman kedua yang da bersarang hampir 4 bulan ni. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan yang tak ternilai ini. Sampai ke hari ini masih terbayang- bayang saat nak melahirkan kedua- dua putera kami. Syukur sangat sebab diberi peluang sekali lagi untuk merasai pengalaman mengandung selama 9 bulan dan seterusnya melahirkan..

Alhamdulillah. Pengalaman bersalin kali kedua ni dipermudahkan olehNya. Baby DH pun nak sama merasai keberkatan bulan Ramadhan so minggu terakhir Ramadhan tu bermulalah episod tumpah darah sebagai tanda awal yang baby nak keluar. Masa ni tak start lagi rasa contraction tu so buat macam biase je, breakfast, kemas- kemas dan layan abang Ayyan main sambil tengok tv. Plan sebetulnya Ahad tu nak shopping kononnya persiapan last sebelum raya. Tapi aturan Allah itu sesungguhNya lebih Indah. Tak sampai sejam, rasa manja- manja contruction tu datang. Time ni baru la start tengok checklist barang baby dan mommy takut ade yang tertinggal. Yang paling penting IC untuk daftar dan jugak air selusuh sebab selalu terbaca yang mommy- mommy ni terlupa nak bawak air selusuh especially first time mommy. Dalam pukul 11 pagi macam tu, muke da start berkerut- kerut da menahan rasa sakit contruction ni. Kali ni baru cakap dengan Mr. Hubby, nak kena pegi hospital da ni sebab rasa contruction yang makin kuat tu. Sebolehnya memang nak tahan sakit tu selagi boleh sebelum pegi hospital sebab tak nak duduk hospital lama- lama.. :(

On the way nak ke Hospital Pantai tu, trafik tenang je cuma Nunu yang tak berapa nak tenang dengan rasa contruction yang datang tu. Setiap kali rasa tu datang memang hentak- hentak kaki dalam kereta tu. Bergegar- gegar jugak la kereta tu dibuatnya. Haha.. Ya, sape yang da ade pengalaman merasai contruction pun memang tak dapat nak describe rasa die macam mana kan? Tahniah sebab korang antara insan yang istimewa sebab kuat untuk melahirkan khalifah di bumi Allah ni. 

Sampai je hospital lepas register terus ke bilik pemeriksaan untuk buat ECG Test untuk tau condition baby. So far, semua ok dan yang penting bukan sleep pattern macam abang Ayyan dulu. Lepas tu nurse cakap nak cek bukaan dan inform bukaan da 4 cm. Nurse minta Mr.Hubby register untuk masuk wad sambil tunggu Dr.Tricia sampai. Kurang 15 minit lepas tu, Dr. Tricia datang dan sekali lagi cek bukaan yang da 7 cm masa tu. Doktor minta permission hubby untuk ke delivery suite untuk prosedur seterusnya. Dalam berpeluh menahan sakit contruction tu, berdebar jugak sebab tak tahu yang Nunu cukup kuat ke tak untuk perjuangan ni. Syukur sangat dengan sokongan hubby yang sentiasa bagi semangat dan sentiase kat sebelah sepanjang proses kelahiran. Nak minum air, nak air selusuh, nak minta urut dan nak minta genggam tangan semua dilayankan. Sampai ade la beberapa dialog slot Akasia yang keluar dari mulut Nunu ni pun dia layan jer. Huhu.. Owh ye, back to situasi cemas tadi, doktor da pesan kalo rasa tak tahan terus inform die dan sampai satu tahap memang tak boleh nak tahan sakit tu doktor pun cek bukaan sekali lagi and guess what, da complete 10 cm bukaan dan yeay, masa untuk PUSH.!

Percubaan push kali pertama tak berjaya tapi doktor cakap da nampak kepala baby. Untuk cubaan kedua, Nunu cube push sekuat yang boleh dan keluarlah sekujur tubuh kecik yang masih penuh dengan lendiran dan darah. Allahuakbar, hilang semua rasa sakit tadi saat doktor letak baby DH kat dada dan dapat cium die. Ya, bau syurga yang Allah janjikan untuk anak syurga ini. Insha Allah..


Yang menarik kat Hospital Pantai ni, baby dibersihkan dalam bilik yang sama so kite boleh tengok sendiri macam mana baby yang baru lahir dia uruskan. Masa ni Nunu dengar sayup- sayup je suara baby DH sebab dah kehabisan tenaga. Huhu.. 



Introducing our 2nd little prince, Danish Hayyan bin Mohd Jamaruddin.. I'm officially a mommy of two now.! Syukur Ya Allah.. InshaAllah, Nunu doakan kenalan yang menunggu saat seperti ini, akan dapat merasai kemanisan ini satu hari nanti. Amin.. 

5 comments:

Fiza Rahman said...

ALhamdulillah...urusan bersalin dipermudahkan olehNYA ☺

idzwa kamaruddin said...

Alhamdulillah...akak lgsg x berpeluang rase semua nie..semua masuk ot.

Julia Johari said...

Pengalaman yang cukup mendebarkan, tahniah mommy, bestnya hospital pantai ni boleh tgk baby dibersihkan dalam LR juga ye...

sya mimie said...

Asslmkm sis.. First time singgah sini. :)

Bby girl sy dh nk masuk 1thn 3bln. Tp suasana dlm labour room semua sy ingt. Indah sngt, wlpun sakitnya tu Allah je yang thu. Rndu segala suasana tu. :)

Noriza Rahman Momma Vogue said...

Pengalaman yang mematangkan seorang ibu kan Nurul?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...