Tuesday, June 28, 2016

Iftar @ China Treasures, Sime Darby Convention Centre.

Alhamdulillah, puasa kali ni berkesempatan berbuka dengan family lagi. So far tak pernah lagi skip berbuka sama- sama especially dengan encik hubby tercinta dan anak- anak tersayang. InshaAllah, hujung minggu ni dapat berbuka dengan umi dan adik- adik kat besut pulak. Da duk terbayang- bayang ayam percik umi nak masak nanti dan kuih- kuih dekat bazaar Kampung Raja ni. Hehe.

Cara buffet di sini, kita hanya tulis kuantiti order dalam form ni, bagi waiter untuk confirmkan order dan tunggu lebih kurang 15 minit untuk order sampai. Senang je kan. Jangan risau, kalau nak tambah order, korang hanya minta form ni je. Untuk yang tak biasa dengan menu- menu dim sum ni, korang tanya je dekat waiter, dorang akan recommend dekat korang nanti. Kalau rajin boleh jugak google gambar menu yang ada sebelum ke sini. 

Abang Dayyan pun nampak agak teruja bile menu pertama sampai. Belum sempat masuk waktu berbuka da abes sepinggan Chee cheong fun tu. Sedap eh abang, sampai mommy pun tak sempat nak merasa.

Taraa.. Order sampai just on time masa nak berbuka. Ni baru satu per tiga daripada yang kami order. Semuanye sedap, sedap dan sedap sangat. Antara yang Nunu boleh rekomen, Steamed buttered & salted egg yolk bamboo charcoal bun, Beef ball in pepper sauce, Steamed crystal dumplings with fish roe, Steamed chicken siew mei dan Steamed BBQ honey chicken bun.

Deep fried chicken & yam dumpling ni terbaik di makan panas- panas. Rangup diluar, rasa isi ayam dan yam yang agak lemak di dalam. Sampai repeat order 2, 3 kali jugak la.

Egg tart yang lembut di luar, cair di dalam dan marvelous sangat rasa die. Must try sebagai pencuci mulut korang. Ni pun antara menu yang kitorang repeat order. Overall makanan kat sini terbaik sebab portion agak besar dan rasa pun sedap. Untuk korang yang inginkan kelainan untuk berbuka, boleh la try buffet kat sini.

Alamat China Treasures:
Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-20893788

2 comments:

idzwa kamaruddin said...

Malu nak cakapppp tapi nak bagitauuuu tak pernah makan dim summm !! huhuu..tapi macam terliur jekkkk tgk ayam ball & tart tuhhhh arrgghh...telan air liur !

Julia Johari said...

Wauuu lain dari yang lain lah sajian di Sime Darby...mcm kt luar negara pulak berbuka versi cm ni kan...unik....selamat balik besut ye...teringat dekat bandar besut yang agak jem jugak kalau kena musim raya...penah pi dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...