Wednesday, June 15, 2016

Iftar @ Serai Thai Restaurant, Shah Alam..

Alhamdulillah. Arini da masuk Ramadhan yang ke 9. Cepat je seminggu berpuasa berlalukan. Lagi 21 hari nak raya. Hehe. Bagi korang yang masih duk google cari idea nak berbuka kat mana, meh Nunu nak share restoran yang best untuk berbuka. Lokasi Restoran Serai Thai ni terletak di belakang McDonald Seksyen 3. Senang je nak cari. Boleh google je.

Titbits yang disediakan sementara menunggu order yang sampai. Tapi semua tu kena bayar tau. So kalau rasa tak nak makan boleh je pulangkan balik awal- awal ye. Kalau tak dorang akan charge untuk 3 kudapan tu.

Tomyam seafood kat sini sedap, cukup masam dan tak pedas sangat. Sesuai sangat untuk berbuka puasa. Kalau pedas sangat or masam sangat nanti terkejut pulak perut yang kosong tu kan. Seafood dia pun banyak, ade udang, sotong dan ikan fillet jugak.

Chicken green curry ni pun sedap. Kuah tak terlalu pekat dan pedas. Portion pun banyak. So far, ni green curry yang terbaik Nunu penah makan sebab tak pedas sangat. Hehe.

Okay, kerabu sotong ni pulak masam- masam sikit rasa dia. Tak pedas jugak kecuali kalau tergigit cili padi yang menyamar macam daun sup tu. Eh la. Sod ba ro jela.

Last but not least, kailan ikan masin. Not bad jugak rasa die sebab tak terlalu masin. Tengok la tu, lauk da penuh satu meja pun ade hati lagi tengok menu nak tambah lauk. Orang puasa memang tamakkan, tapi takmo tamak sangat tau sebab orang tamak selalu rugikan. Hehe.

Alamat Serai Thai Restaurant:
No.5, Jalan Sena 3/13A, 40000 Shah Alam.
Tel: 03-55105729/ 55123944

2 comments:

idzwa kamaruddin said...

alamak sedap nyer green curry !! mana nak cari..?petang ni kene cari la dik nunu.. menarik gak nie.

JMR said...

ni entri zaman biler???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...