Tuesday, November 22, 2016

Lunch @ Serai, Paradigm Mall

Akhirnya Nunu dan officemate berkesempatan untuk lunch di Restaurant Serai, Paradigm Mall. Untuk makanan tempatan dan Western terbaik, boleh la cuba menu kat sini. Okay, jom Nunu belanja gambar- gambar menu menarik yang ada kat sini dulu. Tapi kalau nak belanja makan, nanti PM tepi eh. Hehe..

Set Nasi Kerabu ni antara menu dari Kelantan yang menjadi favourite Nunu. Nunu recommend korang cuba rasa nasi kerabu kalau makan kat sini ye sebab memang terbaik.

 Sang Har Yin Yong ni pun okay. Untuk yang suka makanan yang agak mild untuk lunch.

Mee Goreng Mamak ni antara yang terbaik selain dari restoran mamak favourite Nunu. Portion pun 3 kali ganda compare to mamak. Hehe..

Untuk minuman Nunu order Tropical Fiesta ade campuran buah nenas, oren dan yogurt. Selain itu, minuman signature di sini ialah Serai Iced Tea iaitu gabungan teh serai dan jugak lemon sorbet yang sangat menyegarkan.

Spaghetti Prawn Aglio Olio yang simple dengan rasa yang lebih pedas. Dihidangkan dengan udang segar yang agak besar yang sememangnya akan menaikkan selera korang.

Last but not least, pilihan tekak orang putih yang tak berapa nak putih ni, Spaghetti Seafood Marinara. So far, ni spaghetti Marinara yang terbaik Nunu pernah makan. Eh, sedap sangat la awak ni. Seafood dalamnya pun banyak kot. Sangat berbaloi- baloi. Satu lagi thumb up untuk menu ni.

Overall, harga dia agak pricey tapi jangan risau sebab setiap hidangan, portion dia agak besar. Bahan- bahan dalam setiap hidangan pun banyak so berbaloi dengan ape yang korang bayar tu.

Alamat Serai:
Lot 07, Level 1 Boulevard, Paradigm Mall, 
Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya.
Phone: 03-7887370

2 comments:

abyahuys said...

wuuuu~~~~ nampak sedap betol ^^,

idzwa kamaruddin said...

Coklat lava serai terbaikkkk..please makan..kekeke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...