Wednesday, December 21, 2016

Birthday treat at Poolside suite, The Pines Melaka

Ko da kenapa, birthday bulan May, December baru nak update pasal ni. Takpela, at least entry ni boleh buat kenangan nanti. Ayat yang sangat coverline. Haha.. Firstly, nak bagi 5 star untuk bilik yang awesome ni. InshaAllah ada rezeki memang akan repeat datang hotel ni lagi. Untuk short vacation kali ni come my birthday treat, birthday girl sendiri pilih nak pegi mana dan duduk hotel mana. So kena la demand sikit kan.Hehe.. Nunu pilih Melaka sebab dekat dan banyak tempat makan yang sedap. Wee.. Thank you Mr. Hubby untuk birthday treat yang super awesome ni. I lap you banyak- banyak. :)

Tengok la muka abang Dayyan yang excited tak sabar nak masuk bilik. Da besar sekarang ni, pegi mana- mana Dayyan akan bawak beg dia sendiri dan antara barang penting dalam beg dia adalah mut aka selimut bucuk dan toys favourite dia. Big boy sangat dah dia ni.

Pilihan Nunu untuk short vacation kali ni, The Pines Melaka. Bilik yang macam dalam gambar ni ialah Poolside suite dan hanya ade 18 suite je tau. So dinasihatkan booking awal sebab harga untuk bilik ni pun sangat berpatutan. Apa yang best sangat dengan bilik ni sebab ade access swimming pool kat bilik. Senang citer buka je pintu bilik da boleh nampak swimming pool dan kalau nak terjun terus pun di alu- alukan. Hehe.. Untuk family kecil kami yang ada dua ketul DH ni, memang sangat memudahkan kami sebab dapat monitor anak- anak dari bilik je, Berendam la korang sampai nak check out esok pun. Tapi kan, yang terlebih excited sebenarnya mommy dan daddy dorang. Lepas check in, terus bagi susu kat dua ketul tu suh tidur, so mommy dan daddy dapat la berendam. Tapi nampaknya plan tak jadi sebab dua ketul ni nampak excited tak sabar nak terjun pool tu.

Abang Dayyan ni sejenis yang terlebih urat gayat. Kalau nak ajak mandi pool or pantai, memang take time sikit nak bagi die berani. Tapi kadang- kadang macam geram jugak kat daddy dia sebab Dayyan baru la nak berani, daddy dia pegi lepaskan die tenggelam dalam air la, bagi ombak tolak la. Haish.

Danish ni pulak, letak la dia kat mana pun memang takde urat gayat seketul ni, Mommy pulak yang gayat tengok dia ni. Pantai ke, pool ke, memang favourite dia. Da gigil- gigil pun gigih nak berendam jugak lagi. See, lepaskan dia dalam air pun sempat lagi pandang kamera. Hehe..

Pemandangan dari tingkat bilik kami. Best. Boleh nampak river cruise. Abang Dayyan pun asyik duk tanya bila nak naik bot setiap kali nampak bot lalu. Sabar nak, kita berendam sampai lebam dulu eh. Pemandangan malam pun cantik sebab ade lampu sekeliling river cruise tu.

Last but not least, our small family. Kat depan bilik ni pun ade spot untuk lepak- lepak santai. Danish dan Dayyan da selamat bergolek- golek da atas rumput karpet tu. Sikit lagi mommy dengan daddy pun nak join sekali. LOL..

Untuk reservation atau info, lanjut korang boleh cek dekat The Pines, Melaka.

2 comments:

idzwa kamaruddin said...

wow..kene masuk list ni. hotel macam ni la bagus untuk berehat sambil monitor anak. best best best ;)

Julia Johari said...

cantik sungguh hotel ni nunu....kenan julia tgk...one day nak tidur semalam la kt sini...tq nunu review...kerlasssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...