Friday, January 6, 2017

Al- Fatihah buat mama.

Setiap kali tiba pagi Jumaat, perasaan Nunu mesti rasa lain. Selama beberapa bulan ni, banyak sangat perkara or rutin yang berubah. Semoga Nunu diberikan kekuatan sebagai mana Allah berikan kekuatan dekat semua ibu dan bapa diluar sana. Terlalu banyak sebenarnya yang Nunu nak luahkan kat sini, betapa sedihnya, betapa rindunya dan betapa kesalnya. Hanya Allah saja yang tahu.

Jumaat, 8 Julai 2016 bersamaan dengan 3 Syawal satu lagi tarikh yang mungkin tidak dapat Nunu lupakan tahun lepas. Hampir 6 bulan berlalu, tapi Nunu still tak kuat nak menaip untuk entri ni. Pemergian seorang ibu yang melahirkan Nunu, yang menjaga Nunu, yang membesarkan Nunu dan banyak sangat pengorbanannya yang tak sempat Nunu nak balas sepanjang hayatnya. Betul la cakap orang, berbuat baiklah dan berjasalah dengan kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup sebab kita tak tau mungkin esok kita dah tak dapat nak dengar suara dan gelak tawa mereka lagi.

Malam tadi, masa Dayyan tengah duduk leka main toy baru yang daddy belikan, tiba- tiba dia cakap 'Fish ni untuk mama wan, yang ni untuk tok papa. Abang nak jumpa mama, boleh?' Allah. Mama wan jauh sayang, jauh sangat. Setiap kali Dayyan sebut nama mama wan dia, Nunu memang takleh nak tahan air mata ni. Sedih sangat rasa. InshaAllah Dayyan selalu ingatkan Nunu dengan mama dan tak akan lupakan mama. Sepanjang 3 tahun mama jaga Dayyan dengan baik, memang nampak agak manja dengan mama wan dia tapi inshaAllah abang Dayyan akan membesar dengan kuat, sekuat mama lawan penyakit mama dulu.

Last but not least, thank you hubby yang sentiasa ade disisi selama ni. Thank you makcik pakcik yang banyak sangat tolong masa kami memerlukan. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi kalian semua. Semoga Allah melindungi kita semua dan memaafkan dosa- dosa kita semua. Amin. InshaAllah, time will heal our loss..

Mama sentiasa dihati dan doa kami. Al-fatihah.. 

4 comments:

Julia Johari said...

Sebak baca time dayyan cakap nak jumpa tok mama...Allahuakbar...
Alfatihah buat arwah...aminnn...nunu plis kuat...

TS said...

Allahuakbar..sedihnye..
xsangka komen2 kt fb hair pertama syawal tu last komen dr mama...
moga arwah ditempatkan ditempat yang sebaiknya...
be strong sis..

Khadeejah Hasmad said...

Sebaknya baca...

Al-Fatihah untuk arwah Mama Nunu

Vimax Asli Bogor said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...