Monday, August 13, 2018

Second day in Hong Kong Disneyland.

First things first, one for abang Dayyan dan daddy. Dayyan yang gilakan Baymax. Fist bump macam Baymax kata Dayyan. Second day masuk HK Disneyland ni, cuaca agak mendung dan hujan sekejap- sekejap.  Make sure korang cek awal- awal cuaca kat sana ye, so boleh la prepare bawak rain coat etc. So, untuk second day, plan nak try ride yang tak sempat nak cuba semalam dan round- round satu Disneyland ni. Gunakan masa dengan sepenuhnya la kan sebab esok da nak jalan- jalan luar dari kawasan Hong Kong Disneyland ni pulak.

TOMORROWLAND

Ada 7 attraction kat sini. Queue yang sentiasa panjang tentunya Star Wars dan Iron Man Experience. Banyak jugak ride yang tutup masa kitorang pergi ni sebab under maintenance. Korang boleh download Hong Kong Disneyland App untuk check online wait times, show schedules etc. Sangat membantu sebab boleh save time untuk ride yang queue panjang tu. Nak- nak untuk korang yang bawak anak- anak kecil ni kan, macam- macam ragam boleh kluar masa tengah queue ni. Hehe..

 
Dua ketul ni excited betul dengan telur Star Wars sebab dorang ingat ni telur giant Kinder Joy yang macam dalam Youtube Ryan toys review yang dorang subscribed tu. Excited memasing nak suruh mommy buka telur ni. Haha.. Nak kena tangkap polis ke sesuka nak buka telur giant ni? Suruh daddy beli dulu, nanti mommy bukakan eh.

Ironman experience. Dayyan dan daddy JMR kata best giler. Tapi tak sempat nak try sebab queue boleh tahan panjang jugak. Owh ye, Ironman card tu access room card hotel kitorang. Boleh bawak balik as a souvenir. Best kan.. Boleh tambah koleksi Ironman daddy dalam almari tu.

Iron daddy, Ironman dan Ayyan boy.

ADVENTURELAND

Jungle River Cruise ni, korang akan dibawa mengelilingi sungai. Sepanjang ride tu boleh tengok macam- macam hidupan liar dalam hutan. Dan paling best bile sampai tempat volcano yang korang akan rasa sendiri haba panas dari letusan gunung berapi tu.

Festival of the Lion King. Must see show jugak untuk peminat cerita Lion King ni sebab korang boleh sing along sepanjang show ni.

FANTASYLAND

Kat sini banyak tempat parking stroller tanpa perlu risau hilang ke tertukar sebab setiap stoller ada tag masing- masing. Kalau korang travel dengan toddler, Nunu suggest bawak stroller so that senang untuk anak tidur dan rehat seketika selepas penat berjalan. HK Disneyland ni pun boleh tahan besarnya. Sebab tu kitorang decide untuk ambil 2 days tiket. Still tak abes explore setiap penjuru kat dalam ni.

It's a small world again, on the second day. Ikutkan hati Nunu nak repeat naik ride ni doploh tiga kali je. Sebab dalam tu patung- patung dia comel sangat. Kagum sangat dengan idea dorang yang mereka ride yang seolah- olah dalam alam fantasi ni.

 
Nah.. Nunu belanja video dalam "It's a small world" yang awesome ni. Recommended untuk korang repeat naik doploh tiga kali. Hehe.. Overall, semua ride HK Disneyland ni best sangat- sangat dan korang kena cuba tau. Anak- anak mesti sangat seronok, tak kurang juga mak bapak dorang ni.

1 comment:

Julia Johari said...

Memang best, baca entry nunu ni ulang2...mmg aim dari dulu pasal Disneyland ni. Paling dekat for sure Hongkong la...dua kali nunu keluar masuk ye, berbaloi plan mcm ni, so hari dua harga tiket berbeza la kan nunu?

By the way tq bg tips tentang plan masa utk tgk show tu, thats good idea, nanti nak pi leh rujuk sini lagi...please update lagi nunu...x sabar nak baca lgi hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...