Monday, August 13, 2018

Indoor Theme Park: The Little Big Club, Puteri Harbour.

Ape yang best tentang The Little Big Club? Semuanya best sebab macam- macam ada dalam ni. Hehe.. Serius, bukan budak- budak je yang seronok- ronok, mommy daddy budak ni pun nampak la sangat seronok dia tu.

Basically, theme park kat sini ada 3 tingkat. First floor Hello Kitty Town, second floor Little Big Club dan third floor Thomas & Friends. Since kitorang bawak boboiboy dua ketul, so banyak abeskan masa dekat second dan third floor for sure. Tapi Hello Kitty town tu kan, comel sangat la. Dayyan, Danish even daddy pun masuk dalam tu nampak comel. Huhu..

Dekat second floor ni, ade Barney's playhouse dan kebetulan masa tu maskot Barney ni keluar. So dapat la Dayyan dan Danish bergambar dengan dinosaur yang comel ni. Barney ni sebenarnya sejenis Tyrannosaurus Rex dan da ade since mommy dia kecik lagi ye. Paling ingat part kalau say good bye, Barney akan jadi patung kecik tu..

The igloo house ni untuk karakter Pingu. Dayyan layan juga kartun pingu ni walaupun mommy sendiri pun tak paham pingu tu cakap ape. Apa yang best sebab dalam ni ada macam- macam machine game yang korang boleh main sampai lebam sebab tak perlukan token pun. Best ke sangat best? Air hockey yang Dayyan dan daddy main tu memang favorite kami..

Dayyan dan Bob the builder. Dalam ni banyak game puzzle untuk bina bangunan dan ada beberapa construction vehicle yang dorang boleh cuba. Giant puzzle ni, mommy pun boleh join sekali. Activity dalam ni kebanyakkannya family fun game. Anak dan ibubapa boleh main bersama- sama.

Last but not least, Thomas train choo.. choo.. favourite abang Dayyan dan mungkin akan jadi favourite Danish lepas ni. Ade 10 activity dan ride dalam Thomas park ni. Kebanyakan ride dalam ni, parent boleh join skali. 

Salah satu ride di Thomas Town.

Danish pun happy dapat naik choo choo train ni juga.

Sanrio Hello Kitty Town for mommy. Hehe..

Harga tiket untuk theme park:
Sanrio Hello Kitty Town RM 95
Thomas Town RM 95
All park pass RM139

Of course Nunu recommend untuk korang purchase all park pass, lebih berbaloi. Opening hours untuk The Little Big club ni dari 10 am to 6 pm daily. Since tempat ni indoor theme park, so Nunu sarankan bawa jacket untuk anak korang sebab agak sejuk dalam sesetengah tempat tu. Kalau lapar, jangan risau sebab setiap floor ade disediakan kafe dan kiosk makanan. Sebelum sampai sini juga, make sure korang cek schedule Meet & Greet dengan karakter kartun kegemaran korang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...