Wednesday, September 1, 2010

semangat patriotik..

cube u all teka mana i pegi sempena bulan kemerdekaan ni..?

actually ni la tempat yang i pegi.. ape..?? xtau kat mana..?? xpe.. tengok gambar yang kat bawah ni mesti  dapat teka.. honestly,  ni pun my first time jejakkan kaki kat tempat ni..

Ini la Tugu Peringatan Negara atau  Tugu Negara yang siap dibina pada 8 Februari 1966. Tugu Negara ni untuk memperingati dan memberi penghormatan kepada lebih 11 ribu parajurit yang gugur dalam medan peperangan pada Perang Dunia 1 (1914-1918), Perang Dunia 2 (1935-1942) dan semasa darurat (1948-1960). Tugu Negara setinggi 15 meter dan diperbuat daripada gangsa, direka oleh pengukir Austria, Felix De Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Ade satu peristiwa, pihak komunis penah bertindak mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. Kejadian itu memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal.

sempena kite menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 ni, rasanya xsalah klu kite dapat pupuk sedikit semangat patriotik dalam diri dengan melawat tempat2 yang macam ni untuk mengenang jasa2 pahlawan yang gugur masa perang dulu.. bawak anak2 lawat Tugu Negara ni sangat sesuai sebagai cara untuk memupuk semangat patriotik dari kecil.. Muzium Negara pun okkey jugak.. sema yang ade _____ Negara i da pegi kot.. hehe..

p.s: klu i tukar header blog ni gambar kat tugu negara aci x..? ke nampak macam patriotik sangat..? ;)

10 comments:

Unknown said...

Dah lama tak pergi last pi masa rombongan sekolah bagus gak pi tempat nikan hehe

JMR said...

i bwk ank i, u bwk ank u..

Ratu Syahadah said...

wow. i pon x penah pegi tugu negara. mcm best. teringin nya nk pegi ;) btw, nice pics !

tiefazatie said...

wah!nice la sis..suke wat photoshoot sendiri ye..hiii..

Unknown said...

hai miss nunu..dayun pun tak pernah sampai tempat ni. kat mana pun tak tahu..huhu. teruk kn dayun!

Amni said...

tak pernah pegi sini.. huhu...

Suraya I. said...

i love the last pic =D

kata kila said...

cantik cantik gambar..best kalau dapat pergi!

Sir Marcello said...

teringin nak bergambar depan tugu tue...dulu kecik2 dah pernah...tapi tak style...hahaa

cikpia said...

ha ha.... nak gelak baca komen junior saya bley....??? korang buat anak asing2 ke nanti...??? he he..... kawen cepat!!! asek berjalan jer.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...