Dengan tagline 'Filem Seram Terhebat 2011', pujian harus diberikan kepada team produksi yang berjaya menghasilkan sebuah filem yang boleh dibanggakan dan mempunyai mesej tersendiri yang cuba disampaikan dalam cerita ni..
Korang tahu tak apa itu Al-Hijab? Tahu tak apa akan terjadi bila hijab dibuka? Series, lepas menonton filem ni, baru I tahu apa maksud Al-Hijab yang ni..
Sebelum tu, meh i nak share sinopsis Al-Hijab nih..
"Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.
Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya.
Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?"
Watak Rafael lakonan Pierre Andre dan Qiss pulak lakonan Nur Fathia yang sangat cantik dan tinggi pulak tu.
Sepanjang tayangan Al-Hijab ni, banyak scene-scene yang mampu mengejutkan tau. Dah tu, hantu-hantu dalam citer ni banyak giler dan sangat buruk. Sapa la yang make up kan diorang kan.. hehe.. Penonton lak kalo menjerit, kaw-kaw nyer menjerit, termasuk yang lelaki.. Apa kes lelaki menjerit tengok hantu dalam panggung?? hahah.. So far, I rasa Al-Hijab ni berjaya digarap jalan ceritanya dengan baik oleh Pierre Andre..
Tak nak komen yang negatif sebab setiap filem pasti ada kekurangannya.. Tapi I dapat memahami apa yang cuba disampaikan dalam filem ini iaitu tentang Al-Hijab dan kesannya bila dibuka.. Banyak kesan buruknya woo.. So jangan la korang sesekali nak try bukak hijab yang dianugerahkan oleh Illahi ye..
I rekemenkan filem AL-Hijab ni untuk korang tonton especially kepada peminat filem seram Melayu.. Nak tengok, brapa banyak korang terkejut.. hehe..
Thanks to Cik Helena jugak sebab invite kami untuk tayangan kali nih. Lain kali bolehlah jemput kami lagi ye.. :)
5 comments:
suka pic last tue... malangnye, nape die x duduk sebelah bro ek
pewwwit... skang dah rajin buat movie review... anyway header blog skang lagi cantik laa...tambah2x model dalam gambar tu... ;-p
en. hazman: rajinkn kite wat review.. padahal masa review publish tu tgh busy shoppin.. huhu..
tunggu kat tv kuar tawun depan..sbb incik suami tak ske layan citer seram melayu kat wayang! huhuhu
SEDIH cite ni :(
Siap booking midnight. Konon nak feel. Skali tgk hampa gils!
Post a Comment