Tuesday, July 23, 2013

Anugerah terindah.. 23.4.2013

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan yang tinggi nilainya ini.. Sampai ke hari ini masih terbayang- bayang saat nak melahirkan putera sulung kami.. Pengalaman pertama yang tak mungkin dapat dilupakan.. Syukur sangat sebab diberi peluang untuk merasai pengalaman mengandung selama 9 bulan dan seterusnya melahirkan..

Betullah kata orang, hanya ibu yang memahami sakit bersalin ni.. To make it short la sangat, pagi Isnin 22 April tu da rasa tak sedap badan dan letih jer.. Almaklumla perut da membesarkan.. Lagi pun memang da plan baik punyer nak MC aritu.. Masa mandi terperasan ade minor bleeding sikit.. Okey, masa ni cool lagi walaupun mama dan ummi da pesan pegi hospital check.. Tunggu hubby balik, lunch, bla bla bla then terus pegi Hospital Pusrawi..

Dr. Zarina cube cek bukaan tapi belum ade pape tanda lagi.. Baby pun tak masuk laluan lagi.. Doktor tanya baby aktif tak, since baby pun memang kurang aktif, doktor minta buat CTG test.. (CTG ni untuk dengar denyutan baby..) First test tu menunjukkan sleepy patent dan doktor decide kena tahan wad untuk monitor baby setiap 2 jam.. Since due date baby pun sepatutnya arini, doktor bagi ubat untuk memudahkan bukaan sebab kalo boleh doktor nak normal delivery.. I pun kalo boleh nak cara normal jugak.. Alhamdulillah by time to time graf CTG test back to normal dan okey..

Lepas Magrib macam tu, hubby balik rumah jap amek barang- barang dia.. Sorry sangat sebab barang hubby memang I tak pack langsung.. Takde pulak dalam list barang baby dan mummy ke hospital.. Huhu.. Dalam pukul 9 pm, sekali lagi buat CTG test dan doktor try cek bukaan.. Tup, tup doktor cakap da buka 3 cm.. Okey, da start nak nervous da time ni.. Call hubby suh datang hospital cepat, call mama jugak sebab nak minta maaf semua, pastu cube bertenang setenang yang mungkin..

Okey.. Time bertenang da abes da sebab da start rasa contraction manje- manje.. Masa ni dalam pukul 10 pm, bukaan pulak dalam 4 ke 5 cm.. Borak-borak dengan hubby dan explain kat die macam mana rasa contraction tu.. Dalam masa yang sama sempat minta maaf dekat hubby dan minta dia doakan untuk kami.. Dalam pukul 11.30 pm, masa ni da rasa sakit sangat- sangat.. Contraction yang makin kerap, hanya Tuhan je yang tahu.. Nak bangun memang tak boleh da.. Pusing kiri, pusing kanan, genggam tangan hubby pastu gigit manjer cikit.. Hehe.. Tapi masa ni bertahan lagi sebab dengar kat labour room sebelah orang tengah jerit- jerit, pastu meneran, dan beberapa minit lepas tu dengar baby nangis.. Orang cakap, kalo boleh masa sakit tu jangan jerit atau nangis sebab nanti da takde tenaga untuk meneran..

Dalam pukul 12 am, masa ni da tak dapat tahan rasa sakit tu, cakap dengan hubby nak ubat tahan sakit.. Tak sure la ubat ni panggil ape tapi baru tahu ubat ni rupenye yang buat I rasa mengantuk dan mamai.. Sampaikan masa bertenang takde contraction tu boleh terlelap jap, pastu contraction datang terbeliak biji mata tu balik.. Pukul 12.15 am, nurse datang masukkan ubat untuk mempercepatkan lagi contraction.. Time ni jugak datang lagi 2 orang nurse untuk prepare barang- barang dan dalam masa yang sama mengajar cara dan teknik meneran yang betul.. Pukul 12.30 am, Dr. Zarina pulak masuk dan cakap I da bersedia untuk bersalin.. Okey.. One, two, three, puuussshhh..! One, two, three, puuussshh..! One, two, three, puuussshhh..! Lepas da try beberapa kali tapi still tak berjaya.. End up, badan pun da makin lemah dan doktor suggest guna vakum..

Alhamdulillah.. Tepat jam 1.05 am, lahirlah seorang baby boy.. Masa doktor angkat baby dan tengok baby, rasa sakit tadi hilang serta- merta.. Doktor masukkan satu tiub pastu dapat dengar suara my baby menangis.. Sayu je dengar, happy dan syukur sangat.. Masa ni doktor puji bukan main suara baby kuat.. I dan hubby senyum je dengar.. Okey sambung cerita balik.. Lepas nurse bawak baby keluar untuk dibersihkan, doktor pun jahit I dan serius jahit tu sakit jugak sebenarnya cuma time tu badan da tak larat sangat plus mengantuk lagi.. Lepas da settle semua dorang hantar masuk bilik untuk rest.. Pastu memang terus hilang, tak sedar pape da.. Tau- tau terjaga pukul 5 am, nurse bawak masuk baby dan minta susukan.. Tak tau nak cakap macam mana rasa bahagianya dapat dukung anak yang selama ni dikandungkan, dibawak ke hulu, ke hilir.. Sampaikan ade satu masa tu macam terasa- rasa lagi baby menendang dalam perut.. Over tau.. Hehe..

Introducing our little prince, Dayyan Harith bin Mohd Jamaruddin.. 
I'm officially a mommy now.! Syukur Ya Allah..

*Alhamdulillah, Dayyan da masuk 3 bulan hari ni.. Oh my, how time flies..*

5 comments:

Dee said...

tahniah..comel baby nunu...

ejam said...

Alhamdulillah, syukur.
Bila baca pasal saat2 kelahiran tu terigt pula waktu temankan isteri dalam bilik bersalin, suatu pengalaman terindah dalam hidup.
Saat tu menitis air mata syukur depan jururawat pelatih, tak fikir nak jaga macho dah...hehe

Cik Nurul Pinky said...

salam perkenalan...tahniah dapat baby boy..

p/s : insyaAllah entry holiday tu akan cepat-cepat bersambung hehehe

Nia said...

Tahniah ya!! Alhamdulillah, comel sungguh babynya. Dah pandai apa agaknya dia sekrg? :)

Cho Zila said...

salam perkenalan.. selamat sudah mendapat baby... syukur Alhamdulillah... rayani dah sihat sikitkan... nak ucapkan selamat hari raya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...