Friday, May 22, 2015

Keperluan untuk ibu semasa berpantang..

Alhamdulillah.. Pejam celik tinggal lebih kurang 2 bulan lagi due adik Dayyan ni.. Macam cepat la pulak.. Awal- awal preggy tu rasa macam lamanye la nak tunggu sampai 9 bulan.. Huhu.. So far second time preggy ni tak banyak sangat loya, tak banyak sangat mengidam dan tak banyak songehnye.. Cume badan cepat penat, perut lebih cepat lapar dan cepat malas.. Haha..

Untuk kali ni, Nunu nak share antara keperluan ibu semasa berpantang. Pengalaman berpantang sebelum ni, Nunu sempat pantang lebih kurang 20 hari je sebab lepas tu da kena tahan wad..:( Hope kali ni dapat la berpantang dengan betul dan cukup sampai 44 hari..

1. Set bersalin

Untuk set bersalin, Nunu pilih set bersalin Tanamera.. Masa berpantang Dayyan dulu pun pakai set ni jugak.. So far, set ni lebih banyak untuk kegunaan luaran.. So takde masalah untuk ibu yang bersalin normal ataupun caesar.. Antara produk yang terdapat dalam set berpantang Tanamera ialah:
  • Herba mandian
  • Herba pembersih wanita
  • Teh herba
  • Minyak urut herba
  • Minyak kelapa dara
  • Sabun mandi herba
  • Lulur badan herba
  • Pilis
  • Tapel
  • Air bunga lavender
  • Bengkung

2. Maternity pad

3. Nursing bra

4. Breast pad

5. Breast pump

6. Bengkung

7. Tungku

8. Tukang urut

9. Pilis, param, tapel dan minyak urut
Tak perlu risau sebab semua barang ni ade dalam set Tanamera.. Cuma untuk permulaan selalunya tukang urut akan sedaikan pilis, param dan minyak urut sendiri.. Macam sebelum ni, mak cik tukang urut yang buat sendiri minyak urut tu dari herba- herba kampung.. Kira da termasuk dalam pakej mengurut tu la..

  • Pilis- Untuk sapu dekat dahi
  • Param- Untuk sapu seluruh badan kecuali perut
  • Tapel- Untuk sapu dekat perut

So far, semua keperluan ni da ade.. Cume kena tambah lagi sikit- sikit mana yang tak cukup lagi nanti.. Nervous pulak nak tunggu baby keluar kali ni.. Semoga semuanya dipermudahkan oleh- Nya nanti.. Doakan Nunu selamat bersalin dan dipermudahkan semua urusan ye.. Amin..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...