Thursday, November 30, 2017

First day in Hong Kong Disneyland.

First thing first, a must have gambar. Danish not so excited sebab belum pape mommy da ajak ambil 10 keping gambar kat pintu gerbang ni je tau. Ala, baru 10 la adik. Ikutkan hati nak ambil sampai 50 keping. Huhu. Alhamdulillah, cuaca hari tu sangat baik. Dingin je, dalam +-16 deg C. So attire yang sesuai untuk Nunu, cardigan dan sneakers. Untuk daddy JMR dan double DH pulak, jacket dan sport shoes. Make sure korang yang plan untuk ke HK Disneyland ni, check dulu cuaca kat sana. Sebab second day kitorang masuk HK Disneyland ni, mendung dan hujan kejap-kejap.

Meet and greet Pluto in Main Street. Tengok muka Danish tu pun da boleh teka dia cakap apa kan. Tangkap gambar lagi, ohh come on.! Actually gambar ni capture by official photographer dorang. Korang boleh je minta tolong OP snapkan gambar using your own camera.

FANTASYLAND
 
Yeay, another 10 shoot dekat depan Sleeping Beauty Castle ni pulak. Da siap- siap pilih gambar ni untuk letak dalam frame castle yang beli aritu. Tapi tak sempat juga lagi nak cuci gambar ni. Hurmm..

Ada 12 attractions dalam Fantasyland ni. First ride kami, Cinderella Carousel. Macam biasa, memang favourite Dayyan dan Danish naik horse pusing- pusing ni. Comel je sebab daddy pun join sekali naik horse ni.

Okay, time ni Danish da start tarik-tarik tangan mommy sebab tak sabar nak jumpa Mickey Mouse dia. Relak dik, kita ada sampai malam kat dalam ni.

Mickey and the Wondrous Book. Recommended. Jangan terlepas untuk tengok Mickey musical show ni tau sebab ade special effects untuk show ni.

Dumbo the Flying Elephant. Queue agak panjang sampaikan Danish tertido masa tengah queue. Takpe adik, take your time while mommy and abang enjoy the ride. Hehe.. Pity daddy, kena jagakan Danish.

Mickey's PhilharMagic best. 2 kali juga Nunu dan Dayyan repeat tengok show 3-D adventure ni sebab Danish still mentido lagi masa ni.

It's a small world. Cutest cruise ride. Serius, kagum sangat dengan idea dan kegigihan dorang yang buat ride ni. Korang akan rasa macam masuk alam lain iaitu fantasy sebab banyak patung- patung comel yang menyanyikan berlainan versi bahasa untuk lagu "It's a small world after all." Next post nanti Nunu cuba upload video dalam ride ni ye.

Popcorn ni sedap nak meninggal, okay. Must try. Harus la repeat try sampai 5 kali. Hehe.. Tu pun berebut juga dengan dua ketul DH tu.

Flight of Fantasy Parade. Say Hello to Mickey mouse and friends. Port yang paling best untuk tengok parade ni ialah depan Sleeping Beauty Castle, sebab karakter- karakter ni akan stop kat selekoh depan castle dan akan di serbu oleh budak- budak untuk menari bersama.

TOY STORY LAND
Ade 4 attractions dalam Toy Story Land ni. Antaranya RC Racer dan Slinky Dog Spin, ride yang pusing- pusing sampai pening sebab boleh tahan laju kot. Tapi tak perlu risau sebab Danish pun boleh naik ride ni.

RC Racer ni kira macam U shaped roller coaster. Tengok dari jauh pun da tau boleh buat pening kepala. So memang tak la nak try. Haha. Hanya mampu tengok dari bawah dan record video je. Sambil dalam hati pray for daddy sebab kena teman kawan pilot daddy ride benda alah tu. Huhu..

MAIN STREET, USA
Disney Paint the Night. Night parade yang sangat interaktif untuk kanak- kanak terutamanya sebab persembahan lampu digital dan juga lagu- lagu yang menarik dari Disney's movie. Of course dorang akan sing along dengar lagu- lagu ni..

Say Hello again to Mickey and friends. Best show yang korang tak boleh miss out tau..

Yeay, firework time. Disney In The Stars Firework. A must see show before say good night and bye - bye to HK Disneyland..

5 comments:

Nadia Johari said...

10 shoot tu..hehe..bestnya..seronok kalau datang sini

Izwa Kamaruddin said...

Best nyer HK!

Hazmin Hamudin said...

Bila la nak sampai disnyeland ni. rasa bukan budak2 je suka ni

Julia Johari said...

Sungguh best!!! Huwaaaaaaaa....best best best! Berbaloi pi...titip kenangan. Anak2 nunu semua enjoy

عبده العمراوى said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...