Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat
Apa khabar pagi Jumaat korang semua?
So, apa plan untuk aktiviti hujung minggu korang nanti? Selalunya kalau tak ke mana-mana, Nunu akan masak di rumah. So kalau ada yang buntu nak masak apa, Nunu nak share resipi mudah ni.
Jadi, jomlah kita ke Dapur Nunu!
Resipi Chicken Buttermilk
Bahan-bahan:
1. 2 ketul ayam boneless- potong kecil
2. 5 ulas bawang putih- dihiris halus
2. 5 ulas bawang putih- dihiris halus
3. 2 sudu besar mentega
4. 1/2 tin susu cair- boleh tambah untuk lebihkan kuah
5. Garam
6. 1 biji bawang besar- dihiris
7. Sedikit daun kari
8. Cili padi- untuk rasa pedas
7. Sedikit daun kari
8. Cili padi- untuk rasa pedas
Bahan-bahan untuk perap ayam:
1. Tepung gandum
2. 1 biji telur
3. 2 sudu kecil serbuk kari
4. Garam
Cara Penyediaan Chicken Buttermilk
1. Perapkan ayam dengan semua bahan perapan selama setengah jam. Kemudian goreng sehingga kekuningan.
2. Panaskan kuali dengan butter. Tumis bawang putih dan daun kari sehingga wangi.
3. Masukkan susu cair dan masukkan ayam tadi.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan
Dah siap dan boleh dihidangkan!
Sangat sedap kalau dapat makan nasi panas- panas..
Chicken Buttermilk, siap!
3 comments:
Dah rasa bau semerbak sampai sini, bau daun kari tu emmmphhh...dapnya!
wah...sangat beruntung dapat melancong
Post a Comment