Wednesday, December 11, 2019

Dayyan Masuk Kelas Celik Jawi

Pejam celik pejam celik, minggu ni dah minggu ke-2 aband Dayyan mengikuti Kelas Celik Jawi. Sebenarnya kelas ini diadakan sebagai persediaan untuk pelajar Sekolah Rendah Agama di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tak pasti pula tempat lain ada program sebegini atau pun tak.

Kelas ini diadakan dari Isnin hingga Khamis untuk minggu pertama dan kedua. Minggu ke-3 pula akan diadakan ujian bertulis. Subjek pula lebih kepada pengenalan Jawi dan IQRA'. Maknanya, selepas tamat kelas 6 tahun di Little Caliph The Strand, abang Dayyan terus sambung kelas di sini. Jadi, bulan 12 ni dia tidak bercuti seperti rakan lain. Minggu terakhir Disember sahaj dia FREE nanti, kemudian akan meneruskan pengajian di sekolah rendah dan agama. Nampak padat dan penat, tapi takpelah, energi dia masih kuat. Next year kita minta daddy bawa jalan-jalan pula. Biar biasakan diri dengan susuan jadual masa sekarang ini dulu.

Hari pertama Dayyan di Kelas Celik Jawi.
InsyaAllah, abang Dayyan akan memulakan sesi Sekolah Rendah Agama pada sebelah pagi pada tahun hadapan. Tempat pun telah disahkan. Hujung bulan ini akan mula proses pendaftaran dan pembayaran yuran persekolah. Mommy dan daddy pun teruja nak tengok dia berjaya dalam usahanya untuk mengenal Allah SWT dengan lebih dekat. Mommy dan daddy doakan abang Dayyan berjaya duani akhirat.

Di bawah ini Nunu kongsikan Yuran Persekolahan Sekolah KAFA untuk sesi 2020 untuk rujukan bersama pada masa hadapan.



1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...