TQ, Nuff..

Saturday, April 20, 2013

Kasut baby yang sangat comel!

Sharing is caring kan.. Since I ada masa sambil usap-usap perut bulat yang menunggu masa je ni.. Nak share item- item terkini kat Cutie Pie Shoppe.. Kali ni ada kasut baby a.k.a prewalker yang ommey.. Ommey apa? Ommey angaattt.!

GUESS tu.. Harga RM 22 sahaja untuk sepasang ni..Saiz untuk 12 hingga 18 bulan..

Ni pulak kasut DISNEY Mickey.. Cute kan.. RM 22 jugak sepasang ni.. Saiz untuk 0 hingga 6 bulan..

Ni pulak design zebra.. Brand Mothercare.. RM22 sepasang.. Sesuai untuk baby dari 12 hingga 18 bulan..

Yang ala-ala sneaker ni, jenama GUESS.. Sesuai untuk baby umur 6 hingga 12bulan.. Harganya tetap sama, RM 22..

Last but not least, ZARA leopard.. Saiz 6 hingga 12 bulan.. RM 22 sepasang..
Murah kan..harga tak termasuk postage..

Jom la like CPS Facebook untuk survey-survey item lain. Kot-kot ada yang berkenan di hati kan.. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh email ke ask.cutiepie@gmail.com .. Kami sentiasa menanti 24 jam.. hehehe..

JOM KE CUTIE PIE SHOPPE !!


Friday, April 12, 2013

Checklist Barang Baby & Mummy ke Hospital

Rabu lepas last check up untuk sepanjang pregnancy ni.. In sha Allah, baby akan keluar dalam masa 2 minggu ni, kata doktor.. Doakan semuanya dipermudahkan nanti dan baby n mummy sihat- sihat je yer.. Actually, untuk barang- barang baby ke hospital I dah get ready dari last week lagi, cuma barang untuk diri sendiri je yang tak ready lagi.. Bile la nak start pack ni mummy oi.. Tapi yang penting checklist da ade, tinggal amek dan letak dalam beg jer.. :)


Barang baby

Baju baby (2 lengan panjang, 2 lengan pendek)
Mittens n booties (2 set)
Topi (2 helai)
Towel (1 helai)
Towel muka (3 helai)
Selimut (1 helai)
Bedung (1 helai)
Napkin (4 helai)
Diapers (5 keping/ lebih)
Barut (4 helai)
Set mandian bayi
Baby wipes
Nappy cream
Minyak yu yee/ minyak telon
Cotton buds
Cotton wod

Barang mummy
Kad lawatan hospital
IC
Kain batik (3 helai)
T-shirt/ baju nursing (2 helai)
Stoking (2 pasang)
Towel (1 helai)
Sweater
Set mandian
Tisu
Selipar
Maternity pad (1 pack)
Panties (disposable lagi better)
Nursing bra
Nursing butter
Breast pad
Minuman/ makanan segera
Toiletries
Air zam zam/ selusuh
Thermos air panas
Laundry bag
Kamera (Untuk tangkap gambar baby banyak- banyak)

Hope checklist ni dapat la membantu mom to be semua.. Kalo nak anjer- anjer minta tolong hubby kemaskan pun boleh.. :) Kalo boleh packing la barang- barang ni awal sikit.. Seawal 36 minggu ke atas, da boleh start pack da.. Okkey, malam ni I nak siap- siapkan pack semua barang I pulak.. :)

Tuesday, April 9, 2013

Petua Mudah Bersalin..

Meh nak share petua ni dengan semua mummy to be.. 
  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga..
  • Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah.. ( kalau yang ni, nanti I pikir balik)
  • Selain telur mentah, boleh minum milo/ susu/ kopi yang dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin untuk laluan cepat terbuka.. Sebelum minum, baca selawat nabi, Al- Fatihah dan doa Nabi Yunus..
  • Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu..
  • Amalkan baca surah Maryam..
  • Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta 'Ya Fattah' banyak-banyak kali supaya laluan bayi cepat terbuka dan kurangkan rasa sakit..
  • Minum air selusuh.. (better suami yang bacakan)
  • Amalkan minum air kelapa hujung- hujung nak bersalin..
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil..
  • Banyakkan berjalan, jangan malas.. (Kalau jalan shopping mall memang I rajin)
  • Amalkan makan sayur bendi, kalau boleh hari- hari..
  • Untuk senaman pulak, duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan- lahan.. Buat banyak kali.. (Boleh buat masa usia kandungan 38 minggu ke atas)
  • Duduk bersila, temukan kedua- dua tapak kaki, pegang jari- jari kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina..
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak..
  • Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak (boleh google pasal perineal massage/ urutan perimeum)
  • Petua Dr. Fadzilah Kamsah, rajin- rajin main dengan janggut suami, main camne tak pasti.. :)
  • Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat- cepat..
  • Baca surah Al- Insyiqaq ayat 1-4
  • Baca surah Abasa ayat 20
  • Baca surah An Nahl ayat 78
  • Amalkan baca 'Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir' sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air
  • Makan ketam masak lemak.. (Sedap ni) 
  • Banyakkan 'bersama' suami ketika nak dekat due.. 
Tak salah rasanya nak cuba petua- petua ni.. Selebihnya kita serahkan di tangan-Nya.. Allahumma Yaassir Wala Tu'assir.. In Sha Allah dipermudahkan olehNya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ NUFF