Wednesday, May 6, 2020

Resepi Cornflakes Rangup

Assalamualaikum wbt & Salam PKP semua.

Apa khabar korang semua?
Bersempena dengan Hari Raya dalam PKP yang akan datang ni, Nunu nak share resepi biskut raya yang simple dan confirm jadi rebutan ni.
Jadi, jomlah kita ke Dapur Nunu!


Resepi Cornflakes Rangup


Bahan-bahan:

1. 250 gram chocolate bar
2. 5 cawan Cornflakes
3. 2 sudu besar mentega
4. Chocolate rice untuk hiasan
5. Papercup

Cara Penyediaan:

1. Cairkan choclate dengan butter dan dibiarkan sejuk sebentar. Nunu guna microwave je sebab lagi mudah and cepat.
2. Ramas kasar cornflakes. Jangan sampi hancur sangat.
3. Campurkan cornflakes dengan coklat cair yang dah sejuk tadi dan gaul rata.
4. Masukkan ke dalam papercup.
5. Last sekali boleh hiaskan dengan Chocolate rice dan dibiarkan sejuk.


Dah siap dan boleh dihidangkan! 
Sangat mudah dan ringkas biskut raya tahun ni. Ikut tema PKP la katakan. Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya, korang. Hehe..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...