Friday, September 11, 2020

Updated: Checklist Barang Baby & Mommy ke Hospital..

Pejam celik, pejam celik tinggal sebulan je lagi baby DH nak kelaur. Nervous tu da start rasa dah. InshaAllah semua persiapan untuk baby DH dah siap. Tunggu baby keluar nanti kita boleh top up je lagi barang baby. Shopee dan Lazada kan ade. Hehe.. Since entry ni antara post yang readers search, ni Nunu nak update sikit checklist untuk barang baby dan mummy ke hospital ni.. Sebelum ni post pun based on yang google dari pengalaman blogger lain. Kali ni update based on my last two experience pulak. Hehe.. Gap 5 tahun, so Nunu sendiri pun lupa da barang-barang yang wajib ade ni. So jom kita refer kat list bawah ni.

BARANG BABY:
Baju baby (2/3 helai lengan panjang)
Mittens n booties (2 set)
Topi (1 helai)
Towel (1 helai)
Towel muka (2 helai)
Selimut (1 helai)
Bedung (1 helai)
Napkin (2 helai)
Diapers (5 keping)
Barut (4 helai)
Set mandian bayi
Baby wipes
Lotion baby
Minyak yu yee/ minyak telon
Cotton wod

Actually kalau mommies bersalin kat hospital swasta, dorang akan pakaikan baju dan bedung hospital.. Mandian baby, diaper dll pun hospital da siapkan.. Selain tu mommies akan dapat gift barang- barang baby dari pihak hospital. So baju baby nanti hanya akan guna masa nak bawak baby balik rumah. Nak bawak sehelai pun da cukup.. :)

BARANG MUMMY:
Kad lawatan hospital/ Buku pink
Kad pengenalan
Kain batik (3 helai)
T-shirt/ baju nursing (2 helai)
Stoking (2 pasang)
Towel (1 helai)
Sweater
Set mandian
Tisu
Selipar
Maternity pad (1 pack)
Panties (disposable lagi better)
Nursing bra
Nursing butter
Breast pad
Minuman/ makanan kering
Toiletries
Air zam zam/ selusuh
Laundry bag

Hope checklist ni dapat la membantu mommy to be semua. Dah ade list senang kalau nak minta tolong hubby kemaskan.. :) Kalau boleh packing la barang- barang ni awal sikit. Seawal 36 minggu ke atas, da boleh start pack da. Mana tau baby tak sabar nak keluar ke kan.. :)


Wednesday, May 6, 2020

Resepi Cornflakes Rangup

Assalamualaikum wbt & Salam PKP semua.

Apa khabar korang semua?
Bersempena dengan Hari Raya dalam PKP yang akan datang ni, Nunu nak share resepi biskut raya yang simple dan confirm jadi rebutan ni.
Jadi, jomlah kita ke Dapur Nunu!


Resepi Cornflakes Rangup


Bahan-bahan:

1. 250 gram chocolate bar
2. 5 cawan Cornflakes
3. 2 sudu besar mentega
4. Chocolate rice untuk hiasan
5. Papercup

Cara Penyediaan:

1. Cairkan choclate dengan butter dan dibiarkan sejuk sebentar. Nunu guna microwave je sebab lagi mudah and cepat.
2. Ramas kasar cornflakes. Jangan sampi hancur sangat.
3. Campurkan cornflakes dengan coklat cair yang dah sejuk tadi dan gaul rata.
4. Masukkan ke dalam papercup.
5. Last sekali boleh hiaskan dengan Chocolate rice dan dibiarkan sejuk.


Dah siap dan boleh dihidangkan! 
Sangat mudah dan ringkas biskut raya tahun ni. Ikut tema PKP la katakan. Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya, korang. Hehe..

Thursday, December 26, 2019

Dayyan Dah Grad!

Tahniah my boy. Selepas 2 tahun mengharungi perjalanan menuntut ilmu di peringkat pra sekolah di Little Caliph Kelana Jaya dan Little Caliph The Strands, akhirnya abang Dayyan dah bergraduasi!

Jadi, haruslah mommy simpan kenangan sempena Grand Ihtifal baru-baru ini. Majlis ini diadakan di MSU Shah Alam. Dekat sahaja dari rumah kami. Ada 2 sesi, pada sebelah pagi dan sebelah petang. Untuk majlis graduasi Tahun 6, diadakan pada sebelah pagi. Jadi, awal-awal pagi kami sudah berkampung di MSU untuk persiapan majlis.

Grand Ihtifal & Year End Concert 2019.








Keluarga kecil kami. Tahun depan adik Danish pula akan memulakan pengajian di Little Caliph ini.


Alhamdulillah. Semoga anak-anak ini semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...