Thursday, May 28, 2015

Makan- makan di U- Cafe Wangsa Walk..

Hujung minggu lepas, Nunu dan rakan blogger lain berpeluang makan- makan dan sembang- sembang di U- Cafe Wangsa Walk.. Budak kecik ni pun excited je kalau lepak- lepak tempat makan ni.. Tu dia belum tau yang U- Cafe ni ade banyak menu makanan yang best.. U- Cafe ni ada ruang makan yang agak besar di bahagian atas dan sangat sesuai untuk berkumpul dengan rakan- rakan blogger yang lain serta family..

Sempena bulan Ramadhan nanti, ade menu Nasi kukus ayam berempah yang hanya RM3 sahaja.. Sangat berbaloi dengan kuantiti dan rasa ayam berempahnya.. Yang paling best, terdapat banyak menu pilihan makanan yang menarik dan sedap- sedap yang wajib cuba.. Antara menu yang menjadi pilihan di sini ialah:

Combo platter.. Appetizer sementara menunggu main dishes sampai.. Platter ni ade french fries, wedges, popcorn chicken, fish & chip dan juga vietnamese spring roll..

Seafood platter.. Ade calamari, udang tempura, salmon dan juga mashed potato.. Favourite Dayyan semua ni.. :)

Italian beef carbonara with egg yolk.. Thumb up untuk menu ni sebab gabungan rasa creamy dan cheese die sangat menarik.. Berebut dengan Dayyan nak makan carbonara ni.. Huhu..

Flying fish rice with soy sauce.. Ikan goreng yang dimasak garing sedap untuk makan dengan nasi putih..

Egg yolk butter chicken & vegetable in yam basket rice.. Butter chicken yang terbaik Nunu penah rasa dan highly recommended untuk yang sukakan kelainan dalam rasa makanan korang.. Ade rasa manis keladi dan manis masin butter chicken tu sendiri..

Bangkok jazz crab meat fried rice in lotus leaf.. Nasi goreng dengan isi ketam ni rasanya menarik dengan aroma daun teratai tu..

Cantonese kuew teow with seafood.. Favourite Nunu, kalau ade kuew teow dalam menu memang Nunu akan order.. Rasa rempah dalam kuew teow ni agak berbeza sikit daripada kuew teow yang Nunu selalu rasa..

Muka senyum, perut pun senyum.. Masa ni perut da boleh dikategorikan full sampai ke malam.. Dayyan pun da tak layan da nampak makanan yang dihidangkan satu persatu macam mula- mula tadi.. 

So far, semua makanan yang Nunu cuba semuanya sedap- sedap.. Alhamdulillah, kenyang sampai ke malam.. Blogger lain pun nampak happy je sebab dapat makan makanan yang sedap kat sini..

Untuk tempahan boleh contact Ms. Rachel: 019-3133668..

Alamat U- Cafe Wangsa Walk ni:

GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No.9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Alamat U-Cafe Sungei Wang Plaza

C023, Sungei Wang Plaza, 56100 KL.



1 comment:

JMR said...

bila nak belanja i plak ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...