Wednesday, April 5, 2017

Family holiday in Hong Kong.

Alhamdulillah, percutian kali ini dipermudahkan oleh- Nya. Seminggu juga duduk fikir dan risau kan macam mana nak handle Dayyan dan Danish sebab ni kira first time travel naik flight dengan double DH ni. Fuhh.. Kalau berdasarkan pengalaman travel naik kereta, Danish ni jenis yang agak susah nak duduk diam dalam car seat dia. Sejam pertama tu mungkin boleh, tu pun kena ade toys or buku yang boleh buat dia ralik kejap. Lepas tu, memang sedia la nak berkejar dengan dia dalam kereta tu.

Just arrived Disney's Hollywood Hotel. Lobby hotel ni pun da cantik sangat, okay. Oh ye, sepanjang kami kat sana suhu dalam 16 to 23 Deg C macam tu.  Sejuk- sejuk macam ni, Danish mentido je keje dia. Dayyan and mommy yang da tak tentu arah nampaknya. Haha.. Kat lobby ni aje da ade Celebrity gifts store yang ade macam, macam, macam merchandise yang comel- comel. Geram je nak beli semua.

Mickey mouse is everywhere. Dayyan dan Danish dah excited tu. Cermin kepala Mickey, button lift kepala Mickey, even dalam lift pun ade suara Mickey dan Chip and Dale. Eh, semua la comel. Hehe.. Ok jom, mommy pun da tak sabar nak tengok bilik kita and landing time la, ape lagi.

Sampai je bilik Dayyan da berlari nak amek belon dan soft toy yang ade atas katil. Yang ni memang surprise sangat sebab tak sangka pulak pihak hotel decorate bilik sempena anniversary ke-5 kami. Danish mamai lagi tu. Tapi lepas tu siapla dia round satu bilik. So far, bilik kami takde la besar sangat tapi tilam, bantal dan kemudahan yang ada semuanya selesa dan best. Yang buat lagi teruja, hampir semua barang ada Mickey Mouse, paling tak pun kepala Mickey. Comel sangat, okay. Rasa macam nak lempang je.

Access room card hotel ni pun wow sangat tau, Ironman favourite abang Dayyan dan daddy. Oh ye.. Ape yang lagi best, kad ni boleh bawak balik tau, as a souvenir from Disney's Hollywood Hotel. Da simpan elok pun dalam almari kat rumah kita.

And.. Here we are. A must have gambar, I guess. First day ni kite tangkap gambar kat signboard je dulu eh. Esok baru kite masuk dalam ye anak- anak dan daddy. Rasa macam nak nangis pun ye sebab impian masa muda remaja nak sampai sini tercapai jugak, walaupun da jadi mommy remaja sekarang ni. Sampai gambar pun senget- sengetkan. Seni gitu. Haha.. 

To be continued..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...