Thursday, August 24, 2017

Disney's Hollywood Hotel, Hong Kong.

Lately ni, Dayyan duk sebut nak pergi jumpa Mickey Mouse. Boleh dikatakan hari- hari jugak la dia sebut. Mana pulak mommy dan daddy nak cari Mickey Mouse ni. Lepas tu siap ajak naik bas dan train nak pegi Mickey Mouse tu. Dia ingat naik bas dengan train boleh sampai la kot. Aeroplane dia tak ingat pulak. Haha. InshaAllah, ada rezeki nanti kita pergi Disneyland Tokyo pulak ye sayang. Amin..

Untuk korang yang ada anak kecil, Disneyland adalah tempat yang sangat- sangat recommended untuk korang pergi. So far, Disney's Hollywood Hotel ni pun the best hotel yang Nunu pernah pergi. Decoration hotel ni semuanya bertemakan Mickey Mouse atau paling tidak pun kepala Mickey. Hehe. Comel sangat rasa macam nak lempang je semua. Haha. Tu belum tengok keterujaan Dayyan dan Danish yang duk panggil mouse, mouse. Yes, Mickey mouse is everywhere. Mommy pun excited kot tengok semua benda comel, ni kan double DH kan.

Laluan untuk ke guestroom. Kat lobby ni pun ada macam- macam aktiviti yang hotel sediakan untuk semua hotel guest. Danish mentido lagi masa ni, nak- nak suhu lebih kurang 15 Deg C. Sangat best untuk tidokan dik? Hehe..

Paling excited bila naik lif ade suara Chipmunk dan Mickey Mouse jugak. Dua ketul tu memang duk nak main kat lif aje la kerjanya.

Bilik kami duduk takde la besar sangat tapi cukup selesa untuk family kecil kami. Sempat la Dayyan dan Danish berlari satu bilik ni. Thank you Disney's Hollywood Hotel sebab da siap- siapkan deco bilik untuk celebrate anniversary kami. Pakej sekali dapat hadiah anniversary, seekor Minnie Mouse tu. Hehe..

Sampai je bilik, dua ketul ni pun start la busy mengalahkan PM tepi tu. Takpe, mommy dan daddy boleh rest kejap.

Masuk je bilik, mommy terus buka beg makanan dulu sebelum buka beg baju. Sejuk- sejuk ni tahap kelaparan dia lain macam. Eh, bukan time tak sejuk pun memang lapar je sepanjang masa ke? T_T

Toothbrush set dan toiletries pun ada kepala Mickey. Kenapa comel sangat? Sampai ke sudah sayang nak guna dan dah jadi collection pun. Hehe..

Sliper pun comel. Sorang satu dapat. Tapi biasala, dua ketul tu tetap berebut jugak. Haha.. Ni pun memang bawa balik as a gift dan collection jugak.

Morning walk sekitar taman kat hotel ni. Tengok la senang hati je Dayyan dan Danish tu dengan cuaca Hong Kong yang dingin pagi tu.

Tak cukup dengan indoor, outdoor hotel ni pun banyak tempat menarik untuk stop and candid. Danish macam biasa jugak, malas nak layan mommy dia. Haha..

The best thing tentang hotel ni pulak, sebab ada gift shop untuk semua barang- barang Disney character. So tak perlu risau kalau last minit nak balik tu baru perasan, eh tak cukup lagi sepuluh la. Hehe.. Tu Dayyan dan Danish tengah dalam sesi memujuk mommy dia la tu, nak tambah koleksi yang ke 398 dorang. Hahaha.. T_T

So, Disney's Hollywood Hotel ni sangat best kan? Korang da boleh start tengok website Disneyland untuk survey next trip nanti.

Hotel address:
Hong Kong Disneyland Resort
Lantau Island, Hong Kong
Phone: +852 3510-5000
Website: Hong Kong Disneyland

3 comments:

mamapp said...

Bestnya.. Rasa nak ikut je ke sana

Ainniah Zulkefli said...

wah comelnya hotel kat sana ya. semua pun guna character Disney. ye la nama pun Disneyland kan. bilik hotel pun comel sangat la alahai... :)

عبده العمراوى said...



شركة مكافحة النمل الابيض بالجبيل
شركة سامس للحشرات

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...