Apa khabar pagi Isnin korang semua? Harap-harap takde la yang Monday Blues hari ni.
So, apa aktiviti hujung minggu korang yang lepas? Kami biasalah, setiap minggu, salah satu hari di hujung minggu tu mesti nak kena 'merayap', tengok suasana luar dan nikmati makanan sedap air tangan orang lain. Satu hari lagi, mestilah nak bagi suami & anak-anak makan air tangan sendiri kan.
Semalam, Mr. Hubby minta buatkan Spaghetti Aglio Olio. Kebetulan, masa pegi Giant, ada udang galah yang melambai-lambai minta dimasak. Apa lagi, ambil 8 ekor (300gram), saiz besar-besar uolss.. Cukuplah untuk 2 orang makan. Dayyan & Danish memang takkan makan. Katanya udang tu 'monster'.. Monster sedap tu nak oi. Rugi..
Jadi, jomlah kita ke Dapur Nunu!
Resipi Aglio Olio Udang Galah.
Bahan-bahan:
1. Spaghetti - 400gram
2. Udang Galah - 8 ekor
3. 1 cawan Virgin Olive Oil
4. Bawang Putih 7 ulas (hiris nipis-nipis)
5. Parsley Flakes
6. Chili Flakes
7. Oregano Flakes
8. Parmesan Cheese (disagat)
9. 1/2 biji lemon
10. 10 biji Cherry Tomato
11. Garam secukup rasa.
Cara Penyediaan.
Spaghetti.
1. Panaskan 5 cawan air. Masukkan sedikit Olive Oil dan garam.
2. Masukkan spaghetti apabila air mendidih.
3. Rebus spaghetti hingga lembut (lebih kurang 20 minit)
4. Asingkan 1 cawan air rebusan.
5. Angkat dan toskan spaghetti.
Udang Galah.
1. Panaskan non-stick pan.
2. Masukkan 1/2 cawan air rebusan spaghetti yang telah diasing.
3. Masukkan sedikit air lemon dan garam.
4. Masukkan udang galah. Biarkan udang separuh masak. Angkat dan tepikan.
Cara nak masak Spaghetti Aglio Olio ni memang mudah dan cepat. Tak sampai setengah jam dah boleh setel sebenarnya.
Seterusnya..
Cara Penyediaan Spaghetti Aglio Olio.
1. Panaskan secawan Virgin Olive Oil. Biarkan api perlahan.
2. Kemudian, masukkan hirisan bawang putih. Masak perlahan-lahan. Tak perlu sampai garing apatah lagi hangit..hehe
3. Masukkan Parsley Flake, Chilis Flakes dan Oregano Flakes. Masak perlahan-lahan.
4. Apabila hirisan bawang putih berwarna kekuningan, masukkan udang galah dan gaul bersama-sama.
5. Masukkan Cherry Tomato yang telah dipotong dua.
5. Masukkan sedikit garam.
6. Sekali lagi, angkat dan asingkan udang galah.
7. Masukkan spaghetti yang telah direbus tadi.
8. Masukkan baki air rebusan Spaghetti tadi.
9. Tabur 5 sudu Parmesan Cheese. Lagi banyak lagi sedap. Kalau takde Parmesan Cheesa, boleh juga gantikan dengan pati ayam. Tapi kami lebih suka gunakan Parmesan Cheese. Barulah original makanan Itali. Hehe..
10. Gaul sehingga sebati.
Hidangkan!
Jangan lupa letak udang galah yang telah diasingkan tadi semasa hidang di dalam pinggan ye..
Nak lebih sedap lagi, tabur Parmesan Cheesa di atas Spaghetti Aglio Olio korang!
Mudah sahaja kan Resipi Aglio Olio ni kan?
Alhamdulillah, suami dan anak-anak memang suka dengan Spaghetti Aglio Olio yang Nunu masak. Setiap minggu gaklah masakkan. Kalau makan menu ni kat luar, mesti suami asyik merungut tak puas hati. Lebih baik masak sendiri di rumah, ubah sendiri cara dan bahan mengikut selera. Lebih jimat, sedap dan puas hati!
Siapa tak suka bila tengok suami dan anak-anak makan bertambah menu hidangan daripada air tangan kita sendiri kan?
2 comments:
sedapp woo..minggu ni tak sempat la masak menu ni kan
شركة مكافحة النمل الابيض بالخبر
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
Post a Comment