Showing posts with label short vacation. Show all posts
Showing posts with label short vacation. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Birthday treat at Poolside suite, The Pines Melaka

Ko da kenapa, birthday bulan May, December baru nak update pasal ni. Takpela, at least entry ni boleh buat kenangan nanti. Ayat yang sangat coverline. Haha.. Firstly, nak bagi 5 star untuk bilik yang awesome ni. InshaAllah ada rezeki memang akan repeat datang hotel ni lagi. Untuk short vacation kali ni come my birthday treat, birthday girl sendiri pilih nak pegi mana dan duduk hotel mana. So kena la demand sikit kan.Hehe.. Nunu pilih Melaka sebab dekat dan banyak tempat makan yang sedap. Wee.. Thank you Mr. Hubby untuk birthday treat yang super awesome ni. I lap you banyak- banyak. :)

Tengok la muka abang Dayyan yang excited tak sabar nak masuk bilik. Da besar sekarang ni, pegi mana- mana Dayyan akan bawak beg dia sendiri dan antara barang penting dalam beg dia adalah mut aka selimut bucuk dan toys favourite dia. Big boy sangat dah dia ni.

Pilihan Nunu untuk short vacation kali ni, The Pines Melaka. Bilik yang macam dalam gambar ni ialah Poolside suite dan hanya ade 18 suite je tau. So dinasihatkan booking awal sebab harga untuk bilik ni pun sangat berpatutan. Apa yang best sangat dengan bilik ni sebab ade access swimming pool kat bilik. Senang citer buka je pintu bilik da boleh nampak swimming pool dan kalau nak terjun terus pun di alu- alukan. Hehe.. Untuk family kecil kami yang ada dua ketul DH ni, memang sangat memudahkan kami sebab dapat monitor anak- anak dari bilik je, Berendam la korang sampai nak check out esok pun. Tapi kan, yang terlebih excited sebenarnya mommy dan daddy dorang. Lepas check in, terus bagi susu kat dua ketul tu suh tidur, so mommy dan daddy dapat la berendam. Tapi nampaknya plan tak jadi sebab dua ketul ni nampak excited tak sabar nak terjun pool tu.

Abang Dayyan ni sejenis yang terlebih urat gayat. Kalau nak ajak mandi pool or pantai, memang take time sikit nak bagi die berani. Tapi kadang- kadang macam geram jugak kat daddy dia sebab Dayyan baru la nak berani, daddy dia pegi lepaskan die tenggelam dalam air la, bagi ombak tolak la. Haish.

Danish ni pulak, letak la dia kat mana pun memang takde urat gayat seketul ni, Mommy pulak yang gayat tengok dia ni. Pantai ke, pool ke, memang favourite dia. Da gigil- gigil pun gigih nak berendam jugak lagi. See, lepaskan dia dalam air pun sempat lagi pandang kamera. Hehe..

Pemandangan dari tingkat bilik kami. Best. Boleh nampak river cruise. Abang Dayyan pun asyik duk tanya bila nak naik bot setiap kali nampak bot lalu. Sabar nak, kita berendam sampai lebam dulu eh. Pemandangan malam pun cantik sebab ade lampu sekeliling river cruise tu.

Last but not least, our small family. Kat depan bilik ni pun ade spot untuk lepak- lepak santai. Danish dan Dayyan da selamat bergolek- golek da atas rumput karpet tu. Sikit lagi mommy dengan daddy pun nak join sekali. LOL..

Untuk reservation atau info, lanjut korang boleh cek dekat The Pines, Melaka.

Tuesday, June 23, 2015

Check in di Melaka..

Short vacay kali ni totally last minute plan, boleh kata surprise dari Mr. Hubby.. Sebabnya nak pegi arini, Subuh tu baru decide dan booked hotel.. Tapi jangan risau sebab Agoda kan ade.. Klik dan pilih je hotel yang kite nak dan terus buat payment.. Sampai je hotel nanti terus boleh check in.. Mr. Hubby decide pilih Holiday Inn Melaka since hotel ni dekat area Bandar Hilir, sangat strategik untuk pergi tempat- tempat yang menarik kat sana.. :)

Untuk percutian 2 hari 1 malam ni, bawak beg sorang satu cukup la kan.. Beg mummy dia pulak memang stok fefeeling 5 hari 4 malam punya.. Baru la holiday.. Haha.. Padahal last minit packing tu yang main sumbat je semua barang.. Malas nak pikir.. Boleh?

Masuk je bilik, Dayyan wajib round satu bilik dulu,, Bilik kat sini agak besar dan selesa so boleh la nak roundkan.. Lepas puas hati dengan hasil tinjauan, masa untuk rehat dan hisap susu.. Mummy dan daddy pun boleh la rehat sekejap sebelum round- round Melaka kejap lagi.. :)

15 minit kemudian, sleep sudah.. Shhh.. Nyenyak sangat budak kecik ni dapat tido atas tilam empuk kat sini.. So far, hotel ni sangat recommended sebab bilik yang besar dan selesa.. Bilik air pun besar dan ade bath tub.. Dan yang paling best, breakfast yang banyak menu dan sedap- sedap.. :)

Cak.. Bangun- bangun tidur je, daddy buat magik da sampai kat tengah- tengah Kota A Famosa ni.. Terus confuse budak kecik ni.. Haha.. 

To be continued..

Untuk reservation atau info, lanjut korang boleh cek dekat Holiday Inn Melaka.

Tuesday, September 9, 2014

VMY2014: Jalan- jalan di Pulau Langkawi..

Okay.. Kali ni nak sambung cerita Langkawi yang da lama kot terperam ni.. Nunu memang kalau bab memeram entri ni memang win kan.. Padahal ade kat draft tu 5 bulan lepas.. Konon- konon lupe la ni.. Haha..

Sebelum ni pegi langkawi tak pernah tangkap gambar kat helang besar ni.. Sebabnye malas nak jalan sampai sini.. Boleh tak.. Haha.. Since ni kire mercu tanda so dengan gigihnye tangkap jugak gmbar kat sini walaupun masa ni cuaca agak panas lagi.. 

Masa ni excited sangat nak naik Langkawi Cable Car.. Ade orang kata takut la, seram la, gayat la.. Ade jugak yang kata sangat best sebab dapat tengok pemandangan yang cantik.. Tapi kitorang tak bernasib baik sebab tutup pulak, under maintenance katanya..

So kitorang jalan- jalan area Geopark ni pulak.. Macam-macam aktiviti lain yang ade kat sini, boleh menunggang kuda, boleh jalan- jalan kat tasik dan ade deretan kedai cendarahati jugak..Alang- alang da sampai sini, Nunu cuci mata tengok- tengok barang yang boleh beli.. :)

Petronas Quay aka Telaga Harbour Park ni asalnya dulu sebuah perkampungan nelayan.. Tapi sekarang ni macam yang korang boleh tengok kat belakang tu tempat kapal- kapal mewah.. Teringin jugak hati ni nak naik salah satu kapal tu.. Sambil menikmati pemandangan Pulau Langkawi bertemankan hubby tersayang.. Nak jugak rasa macam mana jadi orang kaya.. Weee.. 

Baby Dayyan paling happy sebab dapat main pasir setiap petang.. Mula- mula dulu jumpa pasir gelinye bukan main.. Lepas tu mula da nak bawak masuk mulut.. Tapi sekarang so far so good boy da.. Main pasir seperti yang sepatutnya.. Hehe..

Friday, March 21, 2014

VMY2014: Sambut 2nd Anniversary di Langkawi.. :)

Okkey.. Percutian kali ni memang fully planning by diri sendiri.. Hehe.. Konon- konon nak buat surprise kat Mr. Hubby untuk anniversary.. Sekali diri sendiri yg surprise balik sebab hampir- hampir kena cancel plan sebab Mr. Hubby ade tuntutan kerja.. T_T  Tapi Alhamdullilah dapat jugak menjejakkan kaki ke Pulau Lagenda ni.. Mr. Hubby kata 'family comes first', ni yang makin sayang ni.. Wee.. Da lama kot tak pegi sini.. Last skali datang kalau tak silap darjah berapa tah.. Tak ingat sebenarnya, nampak sangat da lama kan.. ;p

Touchdown.. Nampak tak muke sape yang terlebih excited tu.. Baby Ayyan relaks jer masa ni walaupun masa dalam flight tu tak reti nak duk diam hoi.. Rasanya kalau lepaskan die, memang semua orang dalam flight tu die tegur kot.. Fuuhhh..

Ssshhh.. Baby Ayyan tengah sleep tu.. Penat bawak katerbang tadi.. Bagus anak mummy ni tido je.. Boleh la mummy layan makan cendol pulut pastu tambah order ais kacang pulak.. Layan giler hoi sambil angin pantai tiup sepoi- sepoi bahasa jiwa bangsa.. Hehuu.. Menu makanan pulak macam- macam yang ade.. Ade kedai Nasi Ayam Golek Madu, depan sikit Laksa Power, depan lagi sikit Laksa Ikan Sekoq pulak.. Boleh menambahkan lemak gayanya ni.. Takpe- takpe, kata bercuti kan.. Hehe.. Oh ye, lokasi gerai ni dekat Jalan Airport tau.. Betul- betul lalu jalan tepi airport dan pantai.. :)

Chaakkk.. Sampai je hotel terus sedar kot budak kecik ni.. Mule la die explore satu bilik sampai la ke bilik air, almari dan yang paling best baby Ayyan dapat main peti besi kat dalam almari tu.. Dari check in sampai ke check out memang main benda alah tu je.. Haha.. Untuk sepanjang percutian kali ni kitorang menginap di Hotel Bella Vista dekat Padang Matsirat.. Overall hotel ni okey, best sebab dekat dengan airport dan nak pegi Pantai Chenang pun dalam 15 minit macam tu.. So tiap- tiap petang dapat lepak pantai dan main pasir.. :)

P/S: Tarikh yang sama jugak dapat berita tentang kehilangan MH370.. Seriously, sangat- sangat terkejut.. 
Dear MH370.. Wherever you are, we pray for your return.. :(

To be continued..

Wednesday, February 12, 2014

VMY2014: Bersantai di Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson..

Alhammdulillah.. Baby Ayyan da genap 9 bulan.. So far, Ayyan sekarang ni da merangkak macam berlari.. Kalau nak pakaikan pampers ke, baju or seluar memang kena keliling rumah dulu baru dapat pakai.. Kecian kat mama wan dan tok papa die.. Hehe.. Bab memanjat memang terror tapi cube kalau nak turun, memang failed.. Main terjun jer.. Kepala memang terjun dulu.. Gayat.? Memang tak lar.. T_T

Ade satu je yang die gayat buat masa ni, bile masuk air.. Tengok gambar atas ni memang nampak macam relak je kan.. Hakikatnye, lepas beberapa minit tengok air depan belakang, kiri kanan die trus menjerit kot.. Daddy die cakap Ayyan gayat air.. Tak macho la Ayyan ni.. Huhu..

Daddy try bawak swim tengah- tengah kolam tu sikit, memang tak lepas tangan die pegang tangan dan baju daddy.. Aiehh la anak.. Air pun takut ker.? Kalau swim dalam baby tub die punya la nak berdiri bagai.. Skali bagi tub besar sikit terus culture shock.. Haha..

Nak kena main cak- cak dulu baru boleh gelak dan senyum..  Pastu duk kejung balik dalam air tu.. :p

Da dapat naik atas pun muke tak nak senyum jugak lagi tu.. Bad mood kot Ayyan masa ni.. Hehe..

Tengok gambar ni nampak macam cayang mummy ni da besar sangat la.. Uwaa.. Cepat betul masa berlalu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...