Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Birthday treat at Poolside suite, The Pines Melaka

Ko da kenapa, birthday bulan May, December baru nak update pasal ni. Takpela, at least entry ni boleh buat kenangan nanti. Ayat yang sangat coverline. Haha.. Firstly, nak bagi 5 star untuk bilik yang awesome ni. InshaAllah ada rezeki memang akan repeat datang hotel ni lagi. Untuk short vacation kali ni come my birthday treat, birthday girl sendiri pilih nak pegi mana dan duduk hotel mana. So kena la demand sikit kan.Hehe.. Nunu pilih Melaka sebab dekat dan banyak tempat makan yang sedap. Wee.. Thank you Mr. Hubby untuk birthday treat yang super awesome ni. I lap you banyak- banyak. :)

Tengok la muka abang Dayyan yang excited tak sabar nak masuk bilik. Da besar sekarang ni, pegi mana- mana Dayyan akan bawak beg dia sendiri dan antara barang penting dalam beg dia adalah mut aka selimut bucuk dan toys favourite dia. Big boy sangat dah dia ni.

Pilihan Nunu untuk short vacation kali ni, The Pines Melaka. Bilik yang macam dalam gambar ni ialah Poolside suite dan hanya ade 18 suite je tau. So dinasihatkan booking awal sebab harga untuk bilik ni pun sangat berpatutan. Apa yang best sangat dengan bilik ni sebab ade access swimming pool kat bilik. Senang citer buka je pintu bilik da boleh nampak swimming pool dan kalau nak terjun terus pun di alu- alukan. Hehe.. Untuk family kecil kami yang ada dua ketul DH ni, memang sangat memudahkan kami sebab dapat monitor anak- anak dari bilik je, Berendam la korang sampai nak check out esok pun. Tapi kan, yang terlebih excited sebenarnya mommy dan daddy dorang. Lepas check in, terus bagi susu kat dua ketul tu suh tidur, so mommy dan daddy dapat la berendam. Tapi nampaknya plan tak jadi sebab dua ketul ni nampak excited tak sabar nak terjun pool tu.

Abang Dayyan ni sejenis yang terlebih urat gayat. Kalau nak ajak mandi pool or pantai, memang take time sikit nak bagi die berani. Tapi kadang- kadang macam geram jugak kat daddy dia sebab Dayyan baru la nak berani, daddy dia pegi lepaskan die tenggelam dalam air la, bagi ombak tolak la. Haish.

Danish ni pulak, letak la dia kat mana pun memang takde urat gayat seketul ni, Mommy pulak yang gayat tengok dia ni. Pantai ke, pool ke, memang favourite dia. Da gigil- gigil pun gigih nak berendam jugak lagi. See, lepaskan dia dalam air pun sempat lagi pandang kamera. Hehe..

Pemandangan dari tingkat bilik kami. Best. Boleh nampak river cruise. Abang Dayyan pun asyik duk tanya bila nak naik bot setiap kali nampak bot lalu. Sabar nak, kita berendam sampai lebam dulu eh. Pemandangan malam pun cantik sebab ade lampu sekeliling river cruise tu.

Last but not least, our small family. Kat depan bilik ni pun ade spot untuk lepak- lepak santai. Danish dan Dayyan da selamat bergolek- golek da atas rumput karpet tu. Sikit lagi mommy dengan daddy pun nak join sekali. LOL..

Untuk reservation atau info, lanjut korang boleh cek dekat The Pines, Melaka.

Sunday, November 29, 2015

Permata pertama..

Perkongsian yang menarik dari facebook. Ingatan buat semua ibu, bakal ibu juga bapa di luar sana. Buat Dayyan Harith, permata pertama mommy dan daddy yang sering buat kami tersenyum dengan telatah yang bermacam tu. Kadang mommy sendiri tak percaya sekarang ni da ada dua orang anak lelaki yang memerlukan perhatian dan kasih sayang dari kami. Maafkan mommy andai ada terbabap, ter'high pitch', terhilang sabar dan semua yang ter ter ter.. Banyak lagi yang mommy harus belajar dan harungi untuk kalian. Betul, dengan adanya Dayyan, mommy dari seorang anak yang manja boleh jadi seorang ibu yang tegas tapi masih memanjakan Dayyan dan Danish. Cume sekarang ni banyaknya bermanja dengan daddy la, Hehe.. Insha Allah, mana yang kurang tu mommy akan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Terima kasih Allah untuk pinjaman kasihmu yang sangat besar nilainya kepada kami ini.

"Having a baby is like falling in love again, both with your husband and your child."

Thursday, November 19, 2015

Anugerah terindah.. 12.7.2015

Erm, tak tau nak mula macam mana untuk pengalaman kedua yang da bersarang hampir 4 bulan ni. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan yang tak ternilai ini. Sampai ke hari ini masih terbayang- bayang saat nak melahirkan kedua- dua putera kami. Syukur sangat sebab diberi peluang sekali lagi untuk merasai pengalaman mengandung selama 9 bulan dan seterusnya melahirkan..

Alhamdulillah. Pengalaman bersalin kali kedua ni dipermudahkan olehNya. Baby DH pun nak sama merasai keberkatan bulan Ramadhan so minggu terakhir Ramadhan tu bermulalah episod tumpah darah sebagai tanda awal yang baby nak keluar. Masa ni tak start lagi rasa contraction tu so buat macam biase je, breakfast, kemas- kemas dan layan abang Ayyan main sambil tengok tv. Plan sebetulnya Ahad tu nak shopping kononnya persiapan last sebelum raya. Tapi aturan Allah itu sesungguhNya lebih Indah. Tak sampai sejam, rasa manja- manja contruction tu datang. Time ni baru la start tengok checklist barang baby dan mommy takut ade yang tertinggal. Yang paling penting IC untuk daftar dan jugak air selusuh sebab selalu terbaca yang mommy- mommy ni terlupa nak bawak air selusuh especially first time mommy. Dalam pukul 11 pagi macam tu, muke da start berkerut- kerut da menahan rasa sakit contruction ni. Kali ni baru cakap dengan Mr. Hubby, nak kena pegi hospital da ni sebab rasa contruction yang makin kuat tu. Sebolehnya memang nak tahan sakit tu selagi boleh sebelum pegi hospital sebab tak nak duduk hospital lama- lama.. :(

On the way nak ke Hospital Pantai tu, trafik tenang je cuma Nunu yang tak berapa nak tenang dengan rasa contruction yang datang tu. Setiap kali rasa tu datang memang hentak- hentak kaki dalam kereta tu. Bergegar- gegar jugak la kereta tu dibuatnya. Haha.. Ya, sape yang da ade pengalaman merasai contruction pun memang tak dapat nak describe rasa die macam mana kan? Tahniah sebab korang antara insan yang istimewa sebab kuat untuk melahirkan khalifah di bumi Allah ni. 

Sampai je hospital lepas register terus ke bilik pemeriksaan untuk buat ECG Test untuk tau condition baby. So far, semua ok dan yang penting bukan sleep pattern macam abang Ayyan dulu. Lepas tu nurse cakap nak cek bukaan dan inform bukaan da 4 cm. Nurse minta Mr.Hubby register untuk masuk wad sambil tunggu Dr.Tricia sampai. Kurang 15 minit lepas tu, Dr. Tricia datang dan sekali lagi cek bukaan yang da 7 cm masa tu. Doktor minta permission hubby untuk ke delivery suite untuk prosedur seterusnya. Dalam berpeluh menahan sakit contruction tu, berdebar jugak sebab tak tahu yang Nunu cukup kuat ke tak untuk perjuangan ni. Syukur sangat dengan sokongan hubby yang sentiasa bagi semangat dan sentiase kat sebelah sepanjang proses kelahiran. Nak minum air, nak air selusuh, nak minta urut dan nak minta genggam tangan semua dilayankan. Sampai ade la beberapa dialog slot Akasia yang keluar dari mulut Nunu ni pun dia layan jer. Huhu.. Owh ye, back to situasi cemas tadi, doktor da pesan kalo rasa tak tahan terus inform die dan sampai satu tahap memang tak boleh nak tahan sakit tu doktor pun cek bukaan sekali lagi and guess what, da complete 10 cm bukaan dan yeay, masa untuk PUSH.!

Percubaan push kali pertama tak berjaya tapi doktor cakap da nampak kepala baby. Untuk cubaan kedua, Nunu cube push sekuat yang boleh dan keluarlah sekujur tubuh kecik yang masih penuh dengan lendiran dan darah. Allahuakbar, hilang semua rasa sakit tadi saat doktor letak baby DH kat dada dan dapat cium die. Ya, bau syurga yang Allah janjikan untuk anak syurga ini. Insha Allah..


Yang menarik kat Hospital Pantai ni, baby dibersihkan dalam bilik yang sama so kite boleh tengok sendiri macam mana baby yang baru lahir dia uruskan. Masa ni Nunu dengar sayup- sayup je suara baby DH sebab dah kehabisan tenaga. Huhu.. 



Introducing our 2nd little prince, Danish Hayyan bin Mohd Jamaruddin.. I'm officially a mommy of two now.! Syukur Ya Allah.. InshaAllah, Nunu doakan kenalan yang menunggu saat seperti ini, akan dapat merasai kemanisan ini satu hari nanti. Amin.. 

Wednesday, October 7, 2015

Buaian untuk baby Danish..

Since baby Danish pengasuh yang jaga, mommy dia takda pilihan untuk say no to buaian sebab kat rumah pengasuh Danish memang sepenuhnya pakai buai. Abang Ayyan dulu memang tak nak bagi dia biasa dengan buai. Gigih jugak la mommy dia dukung dan buai- buai sampai dia tido. So, me and hubby tengah decide nak beli buai ke tak untuk Danish kat rumah. First thing first nak kena survey dulu buai atau option lain yang sesuai untuk Danish. Google punya google, check IG baby shop yang ada dan mommy dia pun TERjumpa la Nuna Leaf baby seat yang canggih ni.. :)

Nuna Leaf baby seat..

Geram wei tengok benda alah ni. Lagi geram tengok baby yang duk atas tu kejap je boleh tertido. Sambil bayangkan baby Danish akan tido senang macam tu, pastu mommy leh relaks tengok tv or baca novel. Heaven giler. Muahaha.. Abes tu sape yang nak basuh baju, masak dan kemas rumah semua? T_T

Dadddyyy, (sambil kenyit- kenyit mata) Danish cakap dia nak baby seat ni. Lepas tu dia janji akan good dan tido lena tak kacau mimpi daddy lagi da. Haha..

Monday, October 5, 2015

Danish is 2 months.!


Alhamdulillah, berkesempatan menghabiskan masa dan cuti berpantang sepenuhnya dengan anak- anak.. Oh my, rasa masih janggal lagi nak guna perkataan anak- anak tu.. Hehe.. So far, sekarang ni masih lagi belajar macam mana nak handle dua orang boy ni.. Nak- nak kalau sorang nangis, sorang lagi pun tak nak kalah jugak.. Yang tak nak kalah tu biase la, abang Ayyan.. Pastu berebut- rebut nak mommy die dukung.. T_T


Oh ye, seminggu lagi baby Danish da nak masuk 3 bulan. . How time flies.. Untuk first dan second check up Danish dengan Dr. Shariza dekat Hospital Pantai Klang.. Untuk third check up ni, first time Danish datang check up kat klinik kesihatan since dose tiga serangkai untuk baby 2 bulan agak susah nak dapat sekarang ni.. Da call lebih 5 klinik, semua cakap takde stock.. Maknenye ke KK la kite ye baby.. Ramai jugak orang masa tu, risau jugak kena tunggu lama dan baby Danish meragam semua.. So far so good sebab Danish tidur je walaupun dalam keadaan bising dan agak panas,, Mommy die pun berpeluh ketiak baq hang.. Haha..

Alhamdulillah, berat terkini baby Danish ialah 5.5 kg dalam keadaan bogel ye.. :) Mommy die duk risau je takut kang tibe- tibe die terkucil ke ape masa nak bogelkan die tu.. Nasib baik Danish good boy jer.. Hehe.. Panjang die pulak dah 62 cm dan ade potensi besar untuk ikut jejak daddy abang Ayyan die yang tall, hensem dan tough tu,. Haha..

Nurse- nurse pulak duk tegur cakap baby Danish macam girl sebab muke macam comel tu dan bulu mata yang macam Che Ta.. Mommy die kot suke duk tengok bulu mata Che Ta sangat.. Lol.. Semoga baby Danish terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ye sayang.. Amin..

Monday, September 21, 2015

Danish Hayyan bin Mohd Jamaruddin..


DANISH bermaksud pengetahuan, bijak..
HAYYAN bermaksud yang hidup..

Alhamdulillah, anak mommy da masuk 2 bulan.. Semoga menjadi anak yang soleh dan membesar dengan sihat.. Mommy, daddy sayang Danish Hayyan dan abang Dayyan Harith dunia akhirat..

P/S: Danish da masuk 2 bulan tapi pengalaman bersalin kali ke 2 ni, masih dalam draft tu lagi.. Mommy die takde idea la.. huhu.. Doa-  doa la Nunu tak lupe ape pengalaman yang nak di'share'kan nanti ye.. :)

Tuesday, June 23, 2015

Check in di Melaka..

Short vacay kali ni totally last minute plan, boleh kata surprise dari Mr. Hubby.. Sebabnya nak pegi arini, Subuh tu baru decide dan booked hotel.. Tapi jangan risau sebab Agoda kan ade.. Klik dan pilih je hotel yang kite nak dan terus buat payment.. Sampai je hotel nanti terus boleh check in.. Mr. Hubby decide pilih Holiday Inn Melaka since hotel ni dekat area Bandar Hilir, sangat strategik untuk pergi tempat- tempat yang menarik kat sana.. :)

Untuk percutian 2 hari 1 malam ni, bawak beg sorang satu cukup la kan.. Beg mummy dia pulak memang stok fefeeling 5 hari 4 malam punya.. Baru la holiday.. Haha.. Padahal last minit packing tu yang main sumbat je semua barang.. Malas nak pikir.. Boleh?

Masuk je bilik, Dayyan wajib round satu bilik dulu,, Bilik kat sini agak besar dan selesa so boleh la nak roundkan.. Lepas puas hati dengan hasil tinjauan, masa untuk rehat dan hisap susu.. Mummy dan daddy pun boleh la rehat sekejap sebelum round- round Melaka kejap lagi.. :)

15 minit kemudian, sleep sudah.. Shhh.. Nyenyak sangat budak kecik ni dapat tido atas tilam empuk kat sini.. So far, hotel ni sangat recommended sebab bilik yang besar dan selesa.. Bilik air pun besar dan ade bath tub.. Dan yang paling best, breakfast yang banyak menu dan sedap- sedap.. :)

Cak.. Bangun- bangun tidur je, daddy buat magik da sampai kat tengah- tengah Kota A Famosa ni.. Terus confuse budak kecik ni.. Haha.. 

To be continued..

Untuk reservation atau info, lanjut korang boleh cek dekat Holiday Inn Melaka.

Monday, December 23, 2013

Dayyan is 8 months.!

Alhamdullillah.. Pejam celik da 8 bulan da 'my little boss' ni.. So far, depan kamera Dayyan memang cool jer.. Macam- macam posing yang die akan bagi.. Sekarang ni da dapat lutut a.k.a merangkak.. hehe.. Bila mata mummy ikut die, langkah die slow je.. Tapi beralih pandang lain, tengok laju je da sampai bawah katil la, bawah kerusi la, panjat almari la, panjat rak tv la.. Lalala.. Mummy punya la terjerit- jerit tengok tapi daddy die jugak cool, senyum jer.. Haha.. :)

Wednesday, December 4, 2013

Dayyan is 7 months.!

Alhamdulillah..
He is my 1st son and the only son in our family.. for now.. :p


Actually ni gambar semasa Majlis Kesyukuran baby Dayyan kat rumah my mom last 2 weeks, taken by his handsome daddy.. :) Daddy post kat Facebook dia semalam dan bila I bukak pagi tadi, ada total 125 LIKES.. Daddy bukan main suka sebab ramai yang komen cakap muka macam dia.. Hehe.. Hmm.. Dah namanya anak daddy kan.. Tapi kalau tengok kali kedua, eh macam muka I pun ada juga kan.? Okkey, anak mummy jugak.. :p 

Tak kisah lah ikut muka sapa pun, janji baby Dayyan Harith terus membesar dengan sihat dan bijak.. Ramai yang tanya gak macam mana nak amik pose baby supaya dia fokus, senyum, pose kat kamera.? Nanti I mintak daddy buat entri cara nak snap gambar baby ye sebab I taktau nak jawab macam mana.. Hehe..

WE LOVE YOU BABY DAYYAN HARITH!



Wednesday, October 23, 2013

Cerita raya haji kami.. :)

His happy faces nak balik kampung sebelum mengamuk dalam kereta.. Haha.. Hai la, anak.. :) So far, baby Dayyan suke tido dalam kereta especially kalau jalan malam- malam.. Hanya bangun kalau nak susu atau kereta behenti, pastu sambung tido balik.. Maybe sebab die rasa terbuai- buai kot masa kereta bergerak.. Tapi kalau jalan siang hari, baby Dayyan lagi suke main toys die pastu kalo da bosan mengamuk nak keluar dari car seat.. T_T Kononnya nak tengok permandangan luar macam da besar sangat lagaknya.. :)

Seriously, suasana raya haji kat kampung Hubby, Besut lain sangat dengan dekat kampung I.. First raya tu berkesempatan bawak baby Dayyan tengok orang nak sembelih lembu.. Baby Dayyan relaks je tengok lembu nak kena sembelih.. Mummy die pulak yang tutup mata takut nak tengok lembu.. Hehe..

Alhamdulillah arini baby Dayyan da masuk 6 bulan.. Setiap saat mummy doakan baby mummy ni sihat dan sentiasa dilindungi olehNya.. Amin.. 

Monday, September 23, 2013

Dayyan Harith bin Mohd Jamaruddin..


DAYYAN bermaksud hakim, pelindung, penjaga..
HARITH bermaksud kuat, berusaha..

Arini anak mummy da masuk 5 bulan.. Semoga menjadi anak yang soleh dan membesar dengan sihat.. Mummy dan daddy sayang Dayyan Harith dunia akhirat.. :)

Saturday, August 24, 2013

Cerita raya kami.. :)

Selamat Hari Raya, semua.. Amboi- amboi, da nak masuk 16 Syawal baru ingat nak wish ye.. Haha.. Alhamdulillah, raya tahun ni disambut bersederhana katanya.. Tapi sangat meriah dengan kehadiran si kecik yang semakin membesar, Dayyan Harith.. :) Persiapan raya pun banyak tertumpu untuk baby Dayyan.. Baju raya untuk Dayyan je rasanya lebih dari 7 pasang.. Tu belum campur yang Cik Na dan Untie Shikin die belikan dari Japan.. Seronok jadi baby Dayyan kan.. :)

Baby Dayyan da masuk 4 bulan arini.. Alhamdulillah dapat tengok setiap perkembangan dia hari- hari.. Nak pegi keje pun takde la risau atau ragu- ragu sebab mama wan dia yang jaga.. Confirm Dayyan good jer duduk dengan mama wan dan tok papa dia.. Tapi bile dia tau mummy dan daddy dia balik jer, automatik leh transform.. haha.. Sabar je la.. 

Eh.. Mana cerita raya nyer.?

My little family.. :) Kan dalam setiap gambar ade ceritanya.. Ni la cerita raya kami.. hehe..

To be continued..

Wednesday, August 8, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...