Showing posts with label independent distributor. Show all posts
Showing posts with label independent distributor. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Kebaikan dan Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee

Memandangkan bulan ni adalah bulan Alfalfa Complex bagi pengamal supplemen Shaklee, so nak cerita tentang kebaikan yang terdapat dalam Alfalfa ni. 

Alfalfa Complex ni adalah produk pertama Shaklee(sekitar 1950an) dan menjadi produk 'signature' kepada Shaklee Corporation. Alfalfa merupakan tumbuhan herba tradisional dan banyak digunakan di dalam penjagaan kesihatan terutamanya kepada wanita selepas bersalin.

Disebabkan keistimewaan dan kelebihan Alfalfa, ada yang mengatakannya sebagai 'raja tumbuhan herba' kerana;

1. Alfalfa Shaklee kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi.
 Alfalfa mengandungi vitamin B,C,E dan K dengan jumlah yang seimbang. Juga mengandungi kalsium,  magnesium, kalium, fosforus, zat besi, antioksidan, florida, protein, mineral surih, serat dan asid lemak. 

2. Alfalfa Shaklee berupaya mencuci hati, darah dan usus. 

3. Alfalfa Shaklee memainkan peranan penting dalam penyerapan protein & karbohidrat serta menyingkirkan lemak&kolestrol.

Keistimewaa Utama Alfalfa Shaklee berbanding jenama lain?
1. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia. 
2. Diproses daripada sumber terbaik daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
3. Alfalfa Shaklee diproses dalam bentuk pil yang boleh dihancurkan dan dijadikan minuman herba semulajadi.
4. Alfalfa Shaklee tiada bahan pengawet, perasa tiruan, pewarna mahupun pemanis.
5. Membantu melengkapkan zat dan nutrien yang diperlukan oleh sistem tubuh seseorang.

Kebaikan Utama Alfalfa Shaklee:
1. Mencuci hati, darah dan usus.
Alfalfa mengandungi sifat alkali yang boleh meneutralkan keadaan badan yang berasid, nyahtoksin, bersihkan hati dan darah.

2. Memperbaiki keadaan kulit dan merawat kurap dan bau badan.

3. Menyingkirkan lemak dan kolestrol.
Daripada kajian klinikal, terbukti alfalfa mampu menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, serangan strok, dan darah tinggi. Alfalfa mengandungi 'saponin' iaitu sejenis span yang bertindak sebagai serap untuk menyerap kolestrol.

4. Melawan tumor.
Alfalfa berupaya memperbaiki sel-sel kanse dan membuang tumor.

5. Melegakan keletihan badan
Badan yang berada dalam keadaan neutral akan lebih terasa segar dan bertenaga.

Manfaat lain Shaklee kepada kesihatan.
1. Membantu proses penghasilan susu ibu. 
2. Memulihkan urat selepas bersalin
3. Mengawal kolestrol dalam darah.
4. Mengawal kolestrol dalam darah.
5. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki.
6. Meningkatkan kesihatan prostat.
7. Membantu sistem pencernaan.
8. Nyahtoksid dalam tubuh.
9. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan elak strok.
10. Mengurangkan paras gula dalam darah.
11. Merawat asma dan masalah pernafasan.
12. Merawat kencing kotor.
13. Mengurangkan masalah gastrik dan pedih hati.
14. Merawat masalah sembelit.
15. Mengurangkan kesakitan otot&sendi.
16. Membantu proses penghadaman.
17. Meneutralkan asid dalam badan.
18. Menghangatkan lagi hubungan intim suami isteri.
19. Mengurangkan masalah pundi kencing.
20. Meningkatkan sistem antibodi.


Alfalfa Complex Shaklee ini bukan hanya boleh diambil secara single, tapi boleh juga digabungkan dengan supplemen Shaklee lain untuk tujuan tertentu seperti.

1- SET KESUBURAN SHAKLEE - Alfalfa Complex + GLA
2- SET PENYUSUAN IBU - ESP + Alfalfa Complex
3- SET ASAS MENYUSU - ESP + Alfalfa Complex + Ostematrix
4- SET BUANG DETOX - Alfalfa Complex + Herb-Lax

dan bermacam-macam lagi gabungan sebagai ikhtiar kita untuk menyelesaikan/mengelakkan masalah kesihatan. 

Untuk ringkaskan citer, sepanjang bulan Januari 2014 ni, promosi secara besar-besaran untuk pembelian Alfalfa Complex Shaklee ni dengan harga terendah.

Dan untuk sebarang konsultasi atau pertanyaan, boleh terus Whatsapp/sms Nunu - 017-2109382 atau boleh email ke teddeera23@gmail.com dengan subject [SHAKLEE], insyaAllah Nunu akan jawab dengan kadar segera. Jangan segan silu untuk konteks ye, harga istimewa untuk korang readers blog ni. menanti bila-bila masa:-)


HIDUP SIHAT DENGAN SHAKLEE


Friday, December 27, 2013

Kebaikan Omega Guard Shaklee

Apa itu Omega Guard Shaklee?

Omega Guard Shaklee mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Apa fungsi DHA?

Antaranya mencegah asma, menghindari migrain&rasa kebas pada anggota badan, meningkatkan daya seksual, mengelak kanser porstat, mengelak kanser payu dara etc.

Apa fungsi EPA?

Antaranya mencegah kanser, mencegah pembekuan darah, mengawal kadar kolestrol yang berlebihan, baik untuk pesakit jantung, menghindari tekanan perasaan, mencegah penyakit darah tinggi.

Kebaikan Omega Guard Shaklee?

Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.


Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.


Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

-sumber oleh Shaklee Malaysia.



Siapa yang patut consume Omega Guard Shaklee ini?



1- IBU HAMIL

Omega Guard mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin. Mengurangkan risiko masalah pelupa yang biasa terjadi kepada ibu selepas melahirkan bayi.



2- IBU YANG MENYUSU BAYI

Membantu perkembangan otak bayi dan melengkapkan khasiat dalam sistem imunisasi bayi.



3- KANAK-KANAK

Membantu memperkuatkan lagi sistem imunisasi kanak-kanak yang sememangnya aktif dan terdedah kepada pencemaran persekitan. Mengurangkan risiko batuk, demam ,asma etc.



4- MEREKA YANG INGIN KURUS

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guara akan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan membuatkan rasa kenyang korang lebih lama.



5- MEREKA YANG MENGHIDAP KOLESTROL TINGGI

Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL


6- MEREKA YANG TERKENA STROK

Selain itu, Omega Guard juga sesuai untuk mengurangkan masalah kemurungan, mengurankan tekanan emosi, membantu mengurangkan masalah hyperactive kanak-kanak, mencegah insomnia etc.



Satu sajian Omega Guard Shaklee membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yangg diperlukan oleh sistem badan seperti EPA dan DHA, membuktikan bahawa Omega Guard keluaran Shaklee ini mengandungi EPA & DHA yang lebih berbanding dengan jenama lain di pasaran.

Omega Guard Shaklee adalah ultrapure dan diproses dengan 3 peringkat penyulingan secara semulajadi dan memberi manfaat asid lemak dan pada masa yang sama mengeluarkan sebatian yang berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdalam dalam ikan laut dalam. FYI, Omega Guard dibuat daripada ikan dan bukannya hati ikan yang boleh mengeluarkan toksik.

Sebarang pertanyaan dan memerlukan khidmat konsultasi atau untuk pesanan produk, boleh hubungi saya melalui email di ask.cutiepie@gmail.com atau sms/whatsapp saya di 017-2109382.

Thursday, December 26, 2013

Set Penyusuan 3M Shaklee..

Assalamualaikum wbt..

Since lately ni ramai yang bertanya tentang set penyusuan atau set semasa berpantang yang sesuai mengikut bajet mereka, Nunu nak share produk daripada Shaklee yang boleh ibu mengandung atau ibu dalam pantang atau ibu menyusu boleh ambil/consume untuk membantu mereka menjalani kehidupan harian dengan lebih sihat dan bertenaga..

Selain SET MILK BOOSTER seperti di ENTRI INI, ibu- ibu boleh consume SET BERSALIN/ MENYUSU SHAKLEE yang terdiri daripada Vite-Lea, B-complex, Vitamin C, ESP, Alfalfa Complex dan juga Ostematrix..

Apa itu VITA-LEA?
Adalah multivitamin dan mineral yang memberi tenaga dgn kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah untuk tidur semasa berpantang.Vite-Lea ni juga penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan.Since ni adalah multivitamin, ia mampu mengimbangi nutris lengkap dalam membantu mencegah depresi, tekanan darah rendah, masalah anemia dan juga masalah kurang selera makan..


Apa itu B-complex?
Adalah lengkap dengan 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. 
Membantu menghasilkan tenaga, mengurangkan tekanan, membantu menambah selera dan penting untuk pembentukan darah merah sekiranya letih dan lesu..

Apa itu Vitamin C?
Penting untuk pengukuhan sistem imunisasi, membantu pembinaan colagen dan mampu mengawal tekanan..

Apa itu ESP?
ESP atau Energizing Soy Protein membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Kandungan utama ESP, soya mengandungi protein yang tinggi dan baik untuk bayi. ESP juga mengandungi isoflavone yang bertindak membantu melembap, menggebukan, menganjalkan kulit dan payudara..

Apa itu Alfalfa Complex?
Alfalfa membantu menjaga kesihatan buah pinggang dan merendahkan kandungan kolestrol. Ia juga berfungsi sebagai milk booster.

Apa itu Ostematrix?
Terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh.. Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi..

Untuk dapatkan set penyusuan/set bersalin ni, jangan segan silu untuk PM atau Whatsapp di 017-2109382 untuk harga lebih rendah dan istimewa. 

Wednesday, December 11, 2013

Set Menyusu Terbaik Shaklee - Milk Booster

Assalamualaikum wbt..

Ibu mana yang tak berhajat menyusukan anaknya secara ekslusif sehingga anak berumur 2 tahun, setidak-tidaknya 6 bulan pertama? Kebanyakkan ibu baru akan teruja dan berhajat sebegini pada mulanya.. Tapi macam-macam halangan yang timbul dan mematahkan semangat ibu baru..

Seringkali kita dengar,

" Kak, saya nak try set menyusu dari Shaklee, tapi saya tak tak tahu nak ambil produk yang mana satu.. Then, ada tak set yang paling murah.. Almaklumlah saya baru je dapat baby ni, banyak belanja nak kena guna gak..."

Jawab Nunu, "Jangan risau dik, akak 7 bulan yang lepas pun sama gak.."

In sha Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. Siapa cakap consume produk Shaklee memerlukan belanja yang besar.? Terutamanya set menyusu Shaklee ni..

Kalau consume complete set, memang memerlukan belanja yang besar. Tapi untuk permulaan, ibu- ibu consume set basic/ bajet yang in sha Allah akan berjaya menghasilkan stok susu yang mencukupi untuk baby anda.. Set ini adalah supplement yang betul- betul penting semasa penyusuan tau.. Dan selepas tu, bila dah stabil, boleh consumer set-set lain mungkin.. :)

Set yang Nunu maksudkan ialah:


Kelebihan Alfalfa Complex ialah amat sesuai sebagai penggalak susu (milk booster) selain membantu membuang toksik dalam badan, mengurangkan kolestrol dan membantu memberi tenaga kepada tubuh badan.. Alfalfa ni membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam pemakanan.. Ibu menyusu yang consume alfalfa tidak akan memudaratkan bayi seperti panas atau cirit birit..

Kelebihan ESP (Energizing Soy Protein) pula adalah sebagai sumber protein yang lengkap dengan 9 asid amino penting.. Protein ni akan membantu pembentukan sel dan bertanggungjawab menampung keperluan tubuh untuk menghasilkan susu badan bagi keperluan si kecil..

In sha Allah set ini bukan saja berpatutan tapi mampu memberi hasil yang diharapkan.. Ibu suka anak pun gembira, maklumlah stok EBM mencukupi setiap hari.. :) Untuk satu set ni, Nunu bagi harga special untuk blog readers di sini.. Just Call/SMS/Whatsapp me di 017-2109382. :)

Thursday, December 5, 2013

Testimoni Shaklee NUTRIFERON - Immune Booster

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman semasa baby Dayyan terkena selesema yang berpanjangan.. First time baby Dayyan demam masa umur 5 bulan.. Demam yang agak teruk tapi masih terkawal.. Suhu mencecah 39 degC.. Then bawa pegi Hospital Pusrawi, doktor just bagi ubat yang cucuk kat bontot tu.. Alhamdulillah after a few hours, suhu turun ke paras normal.. Terfikir gak, sebab baby Dayyan tak 100% breastfeed yang menyebabkan dia demam.? Ada yang cakap, baby demam ketika usia sebelum 1 tahun adalah normal, bergantung kepada tahap antibodi yang diorang ada.. Mungkin demam sebab antibodi yang direnew, mungkin sebab antibodi dah kurang, atau mungkin demam sebab jangkitan kuman akibat antibodi yang lemah.?

Masa amik injection untuk 6bulan, baby Dayyan was good.. Tak demam dan selesa.. Sehinggalah dua minggu selepas injection tu.. Tak demam, tapi hidungnya sentiasa berhingus dan meleleh air hidung.. Selesema.. Thought sebab musim yang panas sejuk, panas sejuk atau pun sebab mandi basahkan kepala, tapi selepas 2 minggu, keadaan masih sama..

Sampailah satu hari tu, hingus/air hidung baby Dayyan teruk sangat.. Nasib baik Tok papa dan Mama wan bawa ke Klinik Aminah.. Since pernafasan baby Dayyan pun cam susah je, doktor suggestkan untuk sedut segala kahak bagai.. Well, menjerit-jerit baby Dayyan sebab tak selesa dengan mesin sedut tu, lagi pun dia memang pantang kalau sesapa main hidung dia masa tu.. Lepas sedut, Dayyan nampak dah selesa.. Kata doktor, baby Dayyan selesema mungkin disebabkan kurang antibodi badan pada usianya sekarang ni.. Dan doktor suggestkan untuk ambil Nutriferon ni untuk tambahkan kekuatan antibodi dia, kasi power sikit.. Mula- mula was- was jugak, kenapa doktor tak bagi ubat klinik macam biasa tu.. Malah, kat kaunter Klinik Aminah tu, penuh dengan supplemen by Shaklee. Sebabnya, baby Dayyan still baby, baru 5months kot.. Memang tak direkemenkan makan sebarang ubat- ubatan hospital..

Then, Nutriferon boleh pulak?

Ye, boleh sebab Nutriferon ni adalah supplemen, (bukan ubat) yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imunisasi tubuh (immune booster).. Nutriferon ni mengandungi campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal dari biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese honeysuckle dan bunga safflower..

Alhamdulillah (dgn izin Allah), selepas amik half sachet dan dibancuh dalam susu, selesema baby Dayyan makin berkurangan.. Half sachet tu untuk seminggu, bermakna 1 sachet tu untuk dua minggu. Kita orang dewasa pon boleh amik Nutriferon ni gak untuk membantu kekuatan antibodi tubuh..

Doktor tu jual RM7/sachet. Untuk trial, Nunu amik 3 sachet je untuk baby.. Alhamdulillah.. Bila rasa sesuai, Nunu order sekotak terus daripada rakan blogger, Irine Nadia untuk diconsume oleh kami sekeluarga.. Selepas consume Vitamin B-complex, ESP dan Nutriferon ni dan berasa yakin dengan produk Shaklee ni, automatically Nunu sign up untuk membership SHAKLEE.. 

In sha Allah.. Benda baik, barang baik, apa salahnya kita berkongsi info kan.. Untuk ibu/bapa yang nak consume Nutriferon ni, boleh contact Nunu- 017-2109282 atau email : teddeera23@gmail.com untuk konsultasi dan untuk harga istimewa.. Jangan risau, nak amik yang trial pack pon boleh.. Cuba dulu, mana tahu menjadi/ berkesan untuk famili macam kes Nunu, boleh terus jadi pengguna setia produk Shaklee ni kan.. :)


Dengan amalan konsisten, in shaAllah Nutriferon ni boleh membantu sistem imunisasi badan korang.. Better daripada demam sikit, telan panadol.. Batuk sikit amik Breacol kan? hehe..

PM/Whatsapp : 017-2109382 untuk HARGA TERBAIK ye.. :)
Shaklee ID: 1077452

Monday, December 2, 2013

Pengedar SAH Shaklee anda.

Assalamualaikum w.b.t..

Benda baik, barang baik, tak salah kalau kita nak kongsi kan.. Rasanya majoriti pernah dengar SHAKLEE.. Mungkin ada yang pernah ambil supplemen/ produk ini dan mungkin juga ada yang tak tahu apa benda SHAKLEE ni.. hehe.. Nunu pun tak familiar sangat dengan SHAKLEE ni sebelum pregnant yang lepas, tapi my hubby tahu sejak zaman dia sekolah lagi.. Sebabnya dia pernah consume supplment ie. garlic +B complex satu masa dahulu, katanya sebab dia aktif main basketball dan perlukan khasiat- khasiat yang tak tertanggung dengan sekadar suapan nasi dan lauk- pauk harian.. Then, lepas dah abes sekolah, dia stop consume supplemen dari SHAKLEE ni..

Sehinggalah kelahiran baby pertama kali, baby boy.. Well, baby boy memang kuat menyusu.. Dan bimbang susu tidak mencukupi, dan selepas cadangan my hubby, Nunu consume ESP cum my first time jadi consumer Shaklee ni.. Lagi pun, bila Nunu baca review abut ESP ni, majoriti bersetuju dengan keberkesanannya membantu milk production untuk ibu-.ibu yang breastfeeding..

In the same time, Nunu consume gak Ostematrix untuk mencegah osteoporosis+ kekuatan gigi dan B complex.. So far so good.. Memang rasa perbezaan sebelum dan selepas consume supplemen Shaklee ni.. Itu pengalaman Nunu dan bila baby kami masuk 5bulan, first time dia selesema yang agak teruk.. Seminggu jugak dengan hingus dan air hidung tak stop..

Then, bawa dia pergi satu klinik di Port Klang.. Well baby kecil lagi dan tidak digalakkan untuk ambil medicine segala bagai.. Doktor bagi Nutriferon untuk membantu kuatkan lagi sistem imunisasi badan. . See.. Doktor pun percayakan kualiti supplemen dari Shaklee ni..

From this, Nunu terus sign up untuk menjadi member sekaligus menjadi Independent Distributor.. Bukan sekadar Nunu dapat membeli dengan harga lebih rendah, tapi kualiti produk pun membantu keputusan Nunu ni.. So, here we go.. Untuk uols yang ingin consume dan membeli any supplemen, bolehlah contact Nunu.. InsyaAllah kita kongsi yang baik, harga pun insyaAllah yang terendah Nunu bagi..Why not kita try, mana tahu, ada hasil positif yang belum kita tahu kan..boleh whatsapp/sms untuk membeli dan Nunu akan guide jadual pemakanan yang betul.. Boleh gak email ke teddeera23@gmail.com untuk sebarang pertanyaan:



SHAKLEE : Creating Healthier Lives..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...